Header Ads

ads header

Flash News

“Hari Paling Menyedihkan Buat Negara”


PUTRAJAYA – Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar menyifatkan hari ini sebagai paling menyedihkan apabila negara kembali terpalit dengan politik kotor melalui penyebaran video intim yang dikaitkan dengan seorang menteri kanan.

Bekas naib presiden PKR itu mendakwa, penyebaran video berkenaan merupakan satu bentuk kegilaan dengan tuduhan jahat untuk menjatuhkan musuh politik.

“Ia tidak mempunyai tujuan lain selain daripada mematikan karier, reputasi dan pemimpin dengan menggunakan serangan peribadi dan fitnah kotor.

“Kita perlu bersatu dalam mengutuk perkara itu dan harus menjauhkan diri dari menyebarkannya (fitnah),” katanya dalam satu kenyataan menerusi akaun Facebook miliknya hari ini.

Semalam tular dalam laman sosial mengenai rakaman video intim membabitkan dua lelaki yang seorang daripadanya didakwa menteri kabinet.

Awal pagi tadi, lelaki yang dikaitkan dengan video tersebut tampil membuat pengakuan bersumpah bahawa dia terlibat dalam aksi itu.

Dalam pada itu Nurul Izzah turut menzahirkan rasa simpati terhadap keluarga pihak yang menjadi mangsa fitnah berkenaan.

Beliau menegaskan, politik kotor tidak sepatutnya berlaku dan sepatutnya semua pihak perlu fokus kepada perkara lebih penting untuk kebaikan negara.

“Mari kita fokus pada perkara yang lebih penting. Untuk menjadikan Malaysia lebih baik.

“Toksik jahat ini bukan sebahagian daripada budaya politik kita,” katanya. – UTUSAN ONLINE




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Peminat Kopi? Dapatkan Kopi Ginseng Tongkat Ali Disini >>KLIK SINI<< Sedap Pekat Melekat KAW KAW. PENGHANTARAN PERCUMA.
 Sakit BerTAHUN-TAHUN, Akhirnya SEMBUH apabila dia terjumpa SESUATU yang ...... >>KLIK SINI<< untuk info lanjut.
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan