Header Ads

ads header

Flash News

Azmin: Ini komplot jahat untuk musnahkan karier politik saya


Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Mohamed Azmin Ali hari ini tampil menafikan dirinya terbabit dalam sebuah video lucah yang sedang beredar di media sosial.

“Saya menafikan sekeras-kerasnya tuduhan ini yang bersifat tuduhan jahat dan kejam.

“Saya yakin siri fitnah ini adalah komplot jahat untuk mencemarkan reputasi dan keperibadian saya serta menjatuhkan saya dan memusnahkan karier politik saya,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Katanya, beliau akan menggunakan segala kaedah undang-undang yang sah untuk mendedahkan mereka yang turut terlibat dalam kerja jahat ini.

“Saya telah mengarahkan para peguam saya untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang membuat tuduhan-tuduhan jahat serta terhadap pelaku lain,” katanya.

Awal pagi semalam, sebuah video seks atas ranjang diedarkan secara sistematik apabila wartawan dan ahli PKR dipelawa menyertai dua kumpulan WhatsApp dengan nombor telefon yang tidak diketahui dan klip video tersebut dikongsikan di situ.

Video seks, dalam tiga bahagian itu, kemudiannya dikongsi bersama dengan dokumen-dokumen bank yang konon menunjukkan pembayaran kepada Azmin.

Awal pagi ini, Haziq Abdullah Abdul Aziz yang merupakan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Santubong yang juga Setiausaha Sulit Kanan kepada Timbalan Menteri Industri Utama, Shamsul Iskandar Md Akin membuat pengakuan bersumpah bahawa dia memang terlibat dalam aksi seks bersama Azmin.

Haziq mendakwa kejadian berlaku pada 11 Mei lalu semasa pilihan raya kecil Sandakan di bilik menteri berkenaan di sebuah hotel di Sandakan.

Mengulas lanjut, Azmin, berkata, beliau yakin kerja jijik ini telah dimulakan beberapa bulan lalu berdasarkan perkembangan politik semasa melalui intimidasi terhadap keselamatan diri dan keluarga pada minggu terakhir Ramadan serta tuduhan rasuah yang tidak benar dan tidak berasas.

“Saya mengutuk sekeras-kerasnya gutter politics. Sesungguhnya, ia tidak mempunyai tempat dalam era Malaysia Baharu, di mana kita sedang berusaha untuk membina semula negara melalui reformasi institusi dan berpegang kepada politik nilai yang luhur dan murni.

“Saya sama sekali tidak akan tunduk kepada tindakan-tindakan pengecut ini dan percubaan untuk mengalihkan perhatian orang ramai dari isu-isu negara yang lebih mendesak dan kejayaan Kementerian Hal Ehwal Ekonomi dalam melaksanakan dasar pembangunan negara yang mampan dan inklusif.

“Saya yakin polis dan SPRM akan mengambil segala langkah yang perlu berhubung tuduhan jahat ini,” katanya.






Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Peminat Kopi? Dapatkan Kopi Ginseng Tongkat Ali Disini >>KLIK SINI<< Sedap Pekat Melekat KAW KAW. PENGHANTARAN PERCUMA.
 Sakit BerTAHUN-TAHUN, Akhirnya SEMBUH apabila dia terjumpa SESUATU yang ...... >>KLIK SINI<< untuk info lanjut.
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan