Header Ads

ads header

Flash News

Anwar dah telefon panjang dengan Azmin


Biro Politik PKR akan membincangkan isu klip video lucah yang didakwa membabitkan timbalan presiden parti itu, Azmin Ali, dalam pertemuan mereka petang ini.

Bercakap kepada media di Petaling Jaya sebentar tadi, Presiden PKR Anwar Ibrahim berkata semua perkara yang berbangkit akan dibincangkan, termasuk "perkembangan terkini".

Bagaimanapun, Anwar berkata, kenyataan mengenai isu berkenaan hanya akan dikeluarkan selepas beliau bermesyuarat dengan anggota biro politik terbabit.

Anwar yang juga anggota parlimen Port Dickson memberitahu mesyuarat hari ini tidak dihadiri Azmin.

Pun begitu, katanya, beliau sudah bercakap "panjang" dengan Azmin - yang juga menteri hal ehwal ekonomi - melalui telefon sebelum ini.



"Saya ada hubungi (Azmin) melalui telefon dan berbicara panjang (dengan beliau).

Bagaimanapun Anwar enggan mendedahkan apa yang dibincangkan oleh mereka berdua.

"Saya kena maklumkan kepada pimpinan parti terlebih dulu," katanya.

Ditanya berapa lama mesyuarat itu akan berlangsung, Anwar secara berjenaka menjawab: "Dalam enam jam."

Beliau kemudian menjelaskan pertemuan tersebut dijangka tidak akan mengambil masa terlalu lama.

"Saya fikir kami tidak akan mengambil banyak masa dalam membincangkan isu ni," katanya.

Sejak sehari dua lalu beredar rakaman klip video memaparkan dua lelaki sedang bercumbuan di atas katil dan ia dikaitkan dengan Azmin.

Awal pagi tadi setiausaha sulit kanan kepada ketua penerangan PKR, Shamsul Iskandar Md Akin, tampil membuat pengakuan bahawa salah seorang lelaki yang dirakam imejnya itu adalah dirinya.

Haziq Abdullah Abdul Aziz mendakwa aksi intim itu dirakam tanpa kerelaannya di sebuah bilik hotel di Sandakan, Sabah.Azmin petang ini bagaimanapun menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut dan menganggap ia sebahagian daripada cubaan pihak tertentu untuk memusnahkan kerjaya politik serta peribadinya.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Peminat Kopi? Dapatkan Kopi Ginseng Tongkat Ali Disini >>KLIK SINI<< Sedap Pekat Melekat KAW KAW. PENGHANTARAN PERCUMA.
 Sakit BerTAHUN-TAHUN, Akhirnya SEMBUH apabila dia terjumpa SESUATU yang ...... >>KLIK SINI<< untuk info lanjut.
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan