Header Ads

ads header

Flash News

Sidang DUN Perak kecoh isu 'kafir' libatkan kerjasama UMNO, Pas


IPOH - Sidang DUN Perak, petang ini kecoh dengan pertikaian penggunaan istilah 'kafir' membabitkan Exco dari Amanah dan wakil rakyat Pas.

Kekecohan tercetus apabila Exco Agama dan Pendidikan Islam, Luar Bandar dan Pembangunan Usahawan, Asmuni Awi menyatakan kebimbangan gabungan UMNO dan Pas akan menyuburkan budaya mengkafirkan pihak lain hanya kerana tidak sependapat dalam perjuangan politik.

Beliau berkata, budaya mengkafirkan orang dengan sewenangnya adalah terlalu asing bagi rakyat Malaysia dan ia lebih teruk daripada digelar Taliban.

"Kebimbangan kerajaan PH atas gabungan UMNO dan Pas ini bukan kerana kami takut, tetapi bimbang jika ia menyuburkan budaya takfiri.

"Berkawan dengan UMNO tapi mengkafirkan orang lain. Itu yang kami bimbangkan, jika nak bergabung, bergabunglah, kami di pihak PH tidak sakit hati, tetapi jangan diulang-ulang perkataan (kafir) itu," katanya ketika ucapan penggulungan perbahasan.

Wakil rakyat Amanah itu turut memperdengarkan kepada Sidang Dewan rakaman audio yang didakwa ucapan seorang pimpinan Pas Pusat.

"Islam itu apa sebenarnya hingga meletakkan hukum bukan pada tempatnya dan mengkafirkan semua orang hanya kerana tidak sehaluan dan berada dalam politik yang sama," soalnya.

Razman Zakaria (Gunung Semanggol-Pas) kemudian bangkit menerangkan bahawa perkataan kafir itu sendiri disebut dalam al-Quran dan difahami ramai.

"Jika di pihak sana mengatakan Islam dibawa PH yang diterajui DAP itu adalah Islam sebenar, silakanlah," katanya.

Keadaan itu turut menarik perhatian Datuk Abdul Manaf Hashim (Pengkalan Baharu-BN) yang mengatakan ketika berada dalam Pas dahulu, wakil rakyat Manjoi itu juga terbabit sama (menggelar UMNO kafir).

ADUN Trong dari BN, Jamilah Zakaria turut bangkit meminta penjelasan dan bukti sekiranya ada kenyataan daripada pemimpin UMNO dan Pas mengkafirkan mana-mana pihak.

Kekocohan berlangsung selama kira-kira 20 minit sebelum Speaker Dewan, Datuk Ngeh Koo Ham meminta Sidang Dewan berbahas dalam keadaan bertenang, tanpa terjerit-jerit. Di akhir perbahasan kemudiannya, Razman yang juga Pesuruhjaya Pas Perak menghampiri Asmuni dan bersalaman.



MR :  Sebelum ini dia kapirkan UMNO... langsung tak boleh berbaik. Ambil keset ceramah lama pimpinan AMANAH ni 'tempek' atas dahi


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Menghadapi Kolesterol TINGGI!!?? Dapatkan PENCAIR KOLESTEROL DISINI>>>>KLIK SINI<<<<
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan