Header Ads

ads header

Flash News

Inkues Muhammad Adib: Koroner tolak permohonan panggil semula saksi pakar


SHAH ALAM: Mahkamah Koroner, hari ini, menolak permohonan barisan Pegawai Pengendali untuk memanggil semula dua saksi pakar dalam prosiding inkues kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim.

Koroner Rofiah Mohamad dalam penghakimannya berkata, saksi ke-24 dan ke-27 itu sudah dipanggil serta membentangkan keterangan mereka berkenaan pemeriksaan klinikal, bedah siasat terhadap mayat Muhammad Adib, rekontraksi, dapatan penemuan dan laporan pakar dikemukakan di mahkamah.

Dua saksi terbabit ialah Pakar Bedah Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr Ahmad Hafizam Hasmi, dan Ketua Jabatan Forensik HKL, Datuk Dr Mohd Shah Mahmood.

Beliau berkata, kedua-dua saksi berkenaan juga sudah menjelaskan segala persoalan diajukan pihak Pegawai Pengendali, pihak berkepentingan dan pihak mahkamah sendiri.

“Berkaitan hujahan eksperimen baharu (dilakukan 12 April lalu) yang mahu dijelaskan, tiada permintaan daripada Koroner untuk membuat baharu.

“Tiada perkembangan baharu. Eksperimen ini hanya mahu mengukuhkan penemuan saksi ke-24 dan 27 yang sudah dibentangkan sebelum ini,” katanya.

Rofiah berkata, sekiranya dua saksi itu dipanggil semula, ia hanya untuk mengukuhkan dapatan sebelum ini dan saksi ke-29 (bekas Pakar Perunding Kanan Forensik dan Patologi Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Prof Dr Shahrom Abd Wahid) juga terpaksa dipanggil semula.

Beliau berkata, saksi ke-29 juga mungkin akan menjalankan eksperimen baharu bagi membantah eksperimen yang dijalankan saksi ke-24 dan ke-27.

“Ini akan berterusan dan tiada penamat sedangkan Koroner ada tanggungjawab untuk selesaikan dalam tempoh munasabah.

“Saya berpuas hati dengan kecukupan sedia ada bagi membolehkan saya mencapai keputusan sewajarnya.

“Justeru, dalam kes ini, cadangan Pegawai Pengendali untuk memanggil semula saksi ditolak mengikut Seksyen 425 Kanan Prosedur Jenayah,” katanya.

Bagaimanapun, Rofiah membenarkan permohonan Pegawai Pengendali, Hamdan Hamzah, untuk memfailkan rayuan berhubung penolakan itu di Mahkamah Tinggi.

Rofiah turut menetapkan 10 Mei depan sebagai tarikh sebutan terhadap keputusan rayuan yang dibuat Mahkamah Tinggi nanti.

Terdahulu, Hamdan memberitahu mahkamah, pihaknya akan membuat rayuan ke Mahkamah Tinggi terhadap keputusan Koroner menolak permohonan mereka untuk memanggil semula dua saksi itu.

Semalam, prosiding inkues Muhammad Adib hangat apabila Pegawai Pengendali dan peguam berhujah sama ada dua saksi pakar kes itu perlu dipanggil memberi keterangan semula.

Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Menghadapi Kolesterol TINGGI!!?? Dapatkan PENCAIR KOLESTEROL DISINI>>>>KLIK SINI<<<<
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan