Header Ads

ads header

Flash News

Dr. Ahmad Samsuri rasmi Hentian Bas Marang


MARANG 23 April - Penantian penduduk daerah ini selama enam tahun untuk memiliki sebuah hentian bas yang selesa berakhir apabila terminal pengangkutan awam itu dirasmikan Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar di sini malam ini.

Hentian bas yang mula dibangunkan di atas tapak seluas 0.607 hektar dengan kos RM2 juta pada 2017 itu boleh menampung sehingga 400 orang pada satu-satu masa.

Ahmad Samsuri berkata, kemudahan baharu yang lebih menarik itu sekali gus memberikan kelegaan kepada orang ramai kerana tidak perlu ke Hentian Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) di pusat bandaraya di samping mengurangkan kesesakan di sana.

“Sudah ada beberapa syarikat bas yang beroperasi dan memiliki kaunter tiket di sini antaranya ialah Sani Ekspres, Transnasional, SP Bumi dan Jasa Pelangi Ekspres.

“Marang merupakan pintu masuk untuk pelancong ke Pulau Kapas, jadi dengan adanya hentian ini diharap dapat merancakkan lagi industri pelancongan dan memberikan keselesaan kepada orang ramai,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Hentian Bas Marang itu di sini.

HENTIAN Bas Marang. - UTUSAN ONLINE/AZLAN BAHRUM

Yang hadir sama isterinya, Tuan Faizah Tuan Abdul Rahman; Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk A. Rahman Yahya; Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Mohd. Nor Hamzah; Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman dan Pegawai Daerah Marang, Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak.

Hentian Bas Marang tersebut dilengkapi kemudahan terminal, parkir, enam kiosk, tiga unit kedai makan, tiga unit kedai pelbagai dan tandas. UTUSAN ONLINE


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Menghadapi Kolesterol TINGGI!!?? Dapatkan PENCAIR KOLESTEROL DISINI>>>>KLIK SINI<<<<
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan