Header Ads

ads header

Flash News

Dari Penyokong Kepada Sworn Enemy



1) Viral tentang seorang kakitangan awam menyesal dengan penyesalan yang teramat sangat kerana mengundi Pakatan Harapan. Sebelum PRU14, beliau adalah penyokong tegar PH sehingga ke tulang sumsum. Ketika kejayaan PH menumbangkan BN, beliau melafazkan kegembiraan tidak terhingga.

2) Namun kegembiraannya tidak lama. Agensi kerajaan yang ditubuhkan pada zaman BN, tempat beliau bekerja - dibubarkan oleh PH. Beliau bekerja dengan jawatan kualifikasi ijazah, merayu kepada pihak kerajaan mengenai jawatannya. Akhirnya diberi jawatan bertaraf diploma, itupun dibuang ke Sabah Sarawak.

3) Siapa yang tidak kechewa dan marah dengan kejadian seperti ini menimpa kepada dirinya? Saya yakin sejak menerima surat terakhir tersebut, beliau secara peribadi telah bersumpah kepada dirinya untuk melawan PH, dengan tekad yang lebih membara berbanding para penyokong BN atau PAS sedia ada.

4) Kalau penyokong BN dan PAS menganggap penyokong PH dikencing, tetapi orang seperti beliau bukan lagi rasa diri pada tahap dikencing sahaja, bahkan rasa dikhianati, dihiris, dilapah hidup-hidup oleh PH yang diberi keperchayaan olehnya melalui undi.

5) Tahukah kita, bukan beliau ini seroang sahaja yang merasai kepedihan demikian. Beratus-ratus lagi merasainya. CUma mereka tidak viralkan atau belum mahu viralkan. Yang saja jumpa terviral dia empat lima orang sahaja. Takkan agensi yang dibubarkan itu ada empat lima orang saja?

6) Dan semestinya ahli keluarga mangsa seperti beliau ini juga tidak akan berdiam diri dan akan memberi sepenuh solidariti kepada beliau. Rakan-rakan beliau? Saudara-mara beliau? Riak-riak kecil akan membentuk gelombang, dan akan membentuk tsunami menghempas kerajaan PH yang syok sendiri dengan kerja bodoh dan menindas ini.

7) Kita takkan selamanya dapat menutup kezaliman kita terhadap mereka dengan menyampaikan cek-cek ratusan ribu kepada sekolah tahfiz. Kita takkan dapat redakan kemarahan mereka dengan membuat penjimatan ECRL. Takkan. Mereka dan keluarga mereka sudah nekad melawan.

Sekian

Dr Tanaka Mustafa




MR :  Menyesal pun dah terlambat, PH makin naik hantu seksa rakyat...


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Menghadapi Kolesterol TINGGI!!?? Dapatkan PENCAIR KOLESTEROL DISINI>>>>KLIK SINI<<<<
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

3 ulasan:

  1. Sakit tak terhitung yang empunya badan . Masih ramai lagi belum sedar terutama pemimpin melayu termasok atok semua nya kerana tidak ikhlas dalam perjuang . lambat laun negara tergadai . minta di jauhkan .

    BalasPadam
  2. Tulisan Dr ni macam SIAL je. Tak payah lah guna ayat DIBUANG KE SABAH SARAWAK. Saya percaya kerajaan yg menghantar mereka ke sana tidak 'membuang' mereka. Seolah olah SABAH DAN SARAWAK TEMPAT HINA SANGATKAH utk Dr menggunakan perkataan DIBUANG.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Elok-elok kerja di halaman sendiri....pastu tukarjauh ke seberang lautan....bukankah dibuang namanya tu

      Padam