Header Ads

ads header

Flash News

Mayat bayi dibungkus kain langsir ditemui tepi kontena sampah


KUALA LUMPUR, 21 April — Mayat bayi lelaki yang masih bertali pusat dipercayai baru dilahirkan, ditemukan di tepi bekas kontena sampah di Taman Setapak Jaya, di sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Supt Noor Azmi Yusoff berkata pihaknya menerima panggilan berhubung penemuan itu pada 3 petang daripada seorang wanita.

Wanita itu ternampak gumpalan kain langsir yang mencurigakan berhampiran bekas kontena berkenaan sebelum mengangkatnya dan terlihat mayat seorang bayi yang cukup sifat di dalam gumpalan berkenaan, katanya ketika dihubungi.

“Siasatan mendapati mayat bayi itu dipercayai dibungkus di dalam kain langsir yang dipenuhi darah berkenaan dan pemeriksaan awal pada mayat bayi juga tidak menemukan sebarang kesan kecederaan,” katanya.

Mayat bayi itu dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat dan kes disiasat menurut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyembunyikan kelahiran kanak-kanak dengan mengebumikan atau membuang mayat kanak-kanak dengan sulit, katanya. — Bernama
MR :  Dunia makin hari makin kejam


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Menghadapi Kolesterol TINGGI!!?? Dapatkan PENCAIR KOLESTEROL DISINI>>>>KLIK SINI<<<<
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan