Header Ads

ads header

Flash News

'Saya memandang rendah kemampuannya' - McGregor akhirnya akui kehebatan Khabib


SELEPAS lima bulan berlangsungnya aksi UFC 229, bintang seni bela diri campuran (MMA) Conor McGregor akhirnya mengakui kekalahannya kepada Khabib Nurmagomedov adalah kerana dia terlalu memandang rendah terhadap lawannya itu.

Menurut petinju dari Ireland itu, dia gagal memberi penghormatan kepada Khabib semasa perlawanan tersebut dan terus meluru ke depan tanpa memikirkan akibat yang bakal diterimanya.

"Dia seorang lawan yang hebat, dia berlawan dengan beruang semasa kecil.

"Dia menghabis banyak masa mengasah kemahirannya dalam 'stand up' dan ia jauh lebih baik daripada yang saya jangkakan.

"Itu, saya perlu beri penghormatan," katanya seperti mana dipetik portal BJPenn.com.
Meskipun begitu, McGregor berkata dia masih mengharapkan 'rematch' (pertarungan semula) dengan Khabib.

Bagi McGregor, semuanya adalah mengenai menyelesaikan perselisihan yang wujud antara dia dengan juara dunia UFC lightweight dari Rusia itu bersama pasukannya.

"Apabila ada perselisihan, mesti ada pertarungan semula," kata McGregor.

"Saya menampar abang dan sepupunya di atas sangkar, dia (Nurmagomedov) cuba melompat keluar dan berlari. Ini belum berakhir, jadi ada pertikaian, dan harus ada perlawanan semula," tambahnya.

Insiden pergaduhan di UFC 229, Oktober tahun lalu tercetus apabila Khabib tiba-tiba naik angin dan membaling 'mouthpiece' ke arah cornerman McGregor.

Dia kemudiannya melompat keluar dari gelanggang dan menyerang orang dari pasukan McGregor.

Menurut Khabib, tindakan itu dilakukan selepas dia dihina berbulan-bulan oleh McGregor termasuk serangan bas di Brooklyn.

Dalam pertarungan tersebut, Khabib berjaya mempertahankan tali pinggang UFC lightweight miliknya selepas memaksa McGregor mengaku kalah pada pusingan keempat menerusi 'submission'.

Keputusan itu juga melebarkan rekod kemenangan Khabib kepada 27-0.

Susulan insiden tersebut, Khabib dan McGregor telah didenda dan digantung pertarungan oleh Suruhanjaya Atlet Negeri Nevada (NSAC).

Khabib didenda sebanyak AS$500,000 (RM2,053,953) dan digantung selama sembilan bulan, manakala McGregor pula didenda AS$50,000 (RM205,355) dan digantung enam bulan.



MR :  PH juga pandang ringan kepada rakyat, tahulah nanti "raykat" akan menghukum PH


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Menghadapi Kolesterol TINGGI!!?? Dapatkan PENCAIR KOLESTEROL DISINI>>>>KLIK SINI<<<<






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan