Header Ads

ads header

Flash News

Dr M bukan diktator, dia cuma tegas kepada kabinet yang lemah - Hadi


Presiden PAS Abdul Hadi Awang percaya bahawa Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad bukan seorang diktator.

Sebaliknya, beliau berkata, Dr Mahathir seorang pemimpin yang tegas, terutamanya dalam menghadapi "kabinet yang lemah".

"Saya nak komen tentang kenyataan yang katakan Dr Mahathir diktator.

"Itu bukan diktator, itu tegas, kerana beliau dipilih secara demokratik dalam pilihan raya dan PH yang pilih dia. Bukan dia lantik diri sendiri.

"Apa yang penting ialah ketegasan. Tegas menghadapi ahli kabinet yang lemah. Itu bukan diktator, itu suatu yang perlu bagi pemimpin perlu tegas menghadapi ahli kabinet yang lemah,"" kata Abdul Hadi kepada pemberita di parlimen hari ini.

Abdul Hadi berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Nurul Izzah yang dilapor media Singapura yang antara lain menyifatkan Dr Mahathir sebagai "bekas diktator yang menyebabkan banyak kerosakan".

Dalam wawancara itu, Nurul Izzah menyatakan kekecewaan dengan kemasukan bekas wakil rakyat Umno dalam PH, selain mengeluh tentang usaha menguatkan golongan moderat yang menurutnya tidak cukup.

Nurul Izzah kemudian menyentuh tentang pengalaman bekerjasama dengan Dr Mahathir, yang satu ketika dulu merupakan seteru ayahnya, Presiden PKR Anwar Ibrahim.

"Bekerjasama dengan bekas diktator yang menyebabkan banyak kerosakan bukan saja kepada hidup kami, tapi juga sistem (pentadbiran negara). Ia bukan sesuatu yang mudah," kata Nurul Izzah.

Kenyataan Nurul Izzah itu mengundang kritikan terhadapnya, selain menyebabkan pemimpin politik lain saling sindir-menyindir.

Semantara itu, Abdul Hadi ketika enggan menamakan pemimpin Amanah yang didakwanya mengaku bahawa parti komponen PH itu menjadi alat kepada DAP.

"Rakyat melihat sendiri, tak perlu saya hukum," katanya.

Abdul Hadi dalam ceramahnya di Kota Bharu Ahad lalu berkata Amanah diwujudkan semata-mata untuk menjadi alat kepada strategi DAP yang mahu menyekat pengaruh dan peluang PAS pada PRU-14.

"Ini bukan saya kata. Pemimpin dalam PH sendiri kata tapi saya tak nak sebut siapa nama dia.

"Pemimpin ini akui sendiri bahawa Amanah ini parti alat semata-mata," katanya.

MR :  Kabinet lemah, cara berfikir pun masih kebelakang seolah-olah pembangkang


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Menghadapi Kolesterol TINGGI!!?? Dapatkan PENCAIR KOLESTEROL DISINI>>>>KLIK SINI<<<<






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

10 ulasan:

  1. Tuan Guru sudah mulakan siasah .

    BalasPadam
  2. Itu bukan siasah. Itu spin namanya. Nurul izzah bangkitkan isu campurtangan tun m dan salah guna kuasa pn dlm pentadbiran negara. Terkini,,malanggar manifesto berkaitan pac. Dan sejak dari dahulu lagi yg mana pas sendiri menggelar tun m diktator sepanjang 22 tahun memerintah negara. Isu dilantik mengikut demokrasi,,,kah kah....org bercakap isu salah guna kuasa, hj hadi cakap isu cara dilantik pm....pening2. Hanya pentaksub pas saha syok sorang2 dgn hj hadi ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. setuju bro tapi dalam politik apa pon boleh berlaku . Ph tengah kecoh tambahlah sikit kekecohan lagi pon ini peluang bagi Mahathir spin . Lepas tu pas spin umno belum bersuara nanti bersuara spin lagi lama lama rakyat pon spin negara pon jadi telungkop orang kafir pon ambil alih . Game over .

      Padam
    2. Sekarang ni pun puak kafer dah ambil alih 80% dah. Kalau PH menang lagi PRU15 confirm 100% kafer perintah. Habisla melayu2 bodoh dlm PR dan tak terkecuali juga Melayu2 yg sokong PAS dan UMNO pun. Menang sorak kampung tergadai. PRU 15 nanti tolongla Melayu2 tak sedar diri dalam PH tu tu jangan undi DAP@PH lagi kalau masih nak mengaku ini negara Malaysia (Malay).

      Padam
  3. Mat sabu 7 hari seminggu 22 tahun caci maki tun m sbg firaun dan mahazalim.game over jilat dn telan kahak

    BalasPadam
  4. Sangat setuju dgn bro 6:44 pm. Sebenarnya pas turut memberi laluan kpd ph dan cina kapir dap menawan putrajaya. Iaitu dgn berterusan memusuhi dan menentang umno pada pru2 sblm ini dan khususnya pd pru14 yg lps. Pas ego dan enggan bekerjasama dgn umno sedangkan umno sudah menghulurkan tangan. Ds najib dan pelawa pas dlm perhimpunan agong umno 2015. Tp, pas dan pumpinan pas dibodohkan oleh dap dan pan. Pan dan dap sedar, jika pas dan umno bersatu pd pru14, ph akan kalah. Jadi dicanangkan " sbb kami keluar pas kerana pas nak bersatu dgn umno yg zalim". Jadi, pas pun, nak buktikan bahawa dakwaan itu tak benar, maka pas dgn tegas ( sebenarnya bodoh nak mampuih ) kata pas tetap lawan umno pafa pru 14 dgn bentuk blok pembangkang ke 3. Ini yg ph mahu sebenarnya. Maka undi org melayu berpecah kpd pas dan umno dan ph. Undi cina solud kpd ph. Jatuh putrajaya kpd cina. Pas bertanggungjawab secara direct kpd keadaan ini. Bodoh dan ego pas ni,,tiada kesudahannya. La pun dok bodoh lagi,,

    BalasPadam
  5. Jika PAS bergabung dengan UMNO dalam PRU 14 maka PH akan dapat undi yang lebih besar kerana orang melayu Islam tidak lagi mempunyai pilihan antara harimau dengan buaya. Akhirnya PAS menjadi sang kancil yang cerdik tidak berfikir seperti otak keldai anon 7:24pm

    BalasPadam
  6. Mana ada harimau dan buaya ni. Keduanya org islam pas dan umno ni. Kenapa gelar keduanya harimau dan buaya. Yg pilih org kafir , dan tinggalkan org islam tu cerdik ka? Negara dah dikuasai oleh cina kafir,,yg ni cerdik?

    BalasPadam
  7. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  8. Do you want to play gambling games and are you looking for a reliable gaming platform? do you want us to help you choose your online casino platform. https://www.casinobetmaxibonus.com/

    BalasPadam