Header Ads

ads header

Flash News

Mujahid menuduh dan emosi tanpa fakta


Saya terkejut bila Menteri Di Jabatan Perdana Menteri YB Dr Mujahid menuduh saya kononnya saya tidak hadir ketika soalan saya berkaitan Isu Tabung Haji dibacakan.

Saya menyemak balik komunikasi saya dengan Setiausaha Dewan , Datuk Rosmee. Susulan senarai soalan yg dikeluarkan pada lewat petang Rabu 13hb Mac 2019, saya telah segera menghubungi Setiausaha Dewan Rakyat memaklumkan pada 14hb Mac 2019 saya perlu berada di Kuala Terengganu kerana menunaikan tanggungjawab saya sebagai bapa dan wali kepada anak perempuan saya dalam majlis akad nikah anak saya pada 14hb Mac 2019.

Datuk Rosmee telah menyusun balik urutan soalan untuk 14hb. Mac pada hari berkenaan telah digantikan dengan soalan YB Kuala Krai, Ustaz Abdul Latiff.

Maka soalan saya sebenarnya tidak timbul dan belum dibaca lagi.

Sangat tidak patut sebagai Menteri mengeluarkan perkataan bagai menuduh saya seolah olah gagal hadir.

Mengapa beliau perlu merasa panas dan tidak keruan bila diasak untuk menyatakan nama individu yang dilantik sebagai Pengerusi, Pengarah atau pegawai pegawai pengurus utama syarikat khas SPV dibawah Kementerian Kewangan yg menerima pindahan aset berjumlah RM19.9billion yg asalnya milik Tabung Haji?

Sehingga berlarut larut jawapan beliau yang jelas bagai mengelak memberi jawapan.

Logiknya bila ia berkait aset asalnya milik Tabung Haji yg berjumlah RM19.9Billion yg dipindahkan kepada single entity, bukannya banyak SPV, tentunya sebagai Menteri beliau sepatutnya mengambil tahu siapa yg akan kawal dan uruskan.

Bila beliau tidak tahu atau mengelak dari memberitahu dewan, itu yg sangat menjolok mata.
FB
Ahmad Amzad Hashim


MR :  Orang emosi hilang kawalan dan hilang iman


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Menghadapi Kolesterol TINGGI!!?? Dapatkan PENCAIR KOLESTEROL DISINI>>>>KLIK SINI<<<<






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan