Header II

Header ADS

Isu hutang Streram dijangka selesai minggu depan, kata ahli Parlimen


PETALING JAYA: Ahli Parlimen Segamat akan menarik balik laporan polis terhadap calon PKR bagi pilihan raya kecil DUN Rantau, Dr S Streram apabila RM62,000 dipulangkan semula kepada anaknya.

R Santhara Kumar yakin Streram dalam proses memulangkan wang yang dipinjamnya dalam bentuk draf bank, dan menjangkakan ia akan selesai minggu depan.

“Saya diberitahu pegawainya terlupa untuk berikan kepada saya atas kesilapan teknikal. Saya yakin peminjam dalam proses memastikan pegawainya memulangkan wang,” katanya kepada FMT.

Sebelum ini, Streram mendakwa hutang berkenaan sudah dijelaskan sepenuhnya dan semua dokumen serta bukti pembayaran diserahkan kepada pimpinan pusat selepas isu itu dibangkitkan di peringkat dalaman.

“Saya berhutang dengannya dan membayar keseluruhan hutang itu pada Oktober tahun lepas secara tunai yang saya serahkan kepada pegawai khasnya. Kalau naik mahkamah pun saya ada bukti,” kata Streram.

Pakatan Harapan menamakan Streram untuk sekali lagi bertanding di DUN Rantau, yang dianggap kubu kuat Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan.

Mohamad mempertahankan kerusi itu bagi penggal keempat pada pilihan raya umum lepas selepas Streram tidak dibenarkan masuk menghantar borang pencalonan kerana tidak memiliki pas yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya.

SPR menetapkan pengundi Semenyih akan memilih wakil rakyat baru pada 13 April ini selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan Mohamed untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Khas Pilihan Raya.

Mahkamah pada 16 November lepas mengisytiharkan keputusan kerusi DUN Rantau terbatal dan tidak sah, mengatakan tidak wujud sebarang undang-undang dan peraturan yang menyatakan calon perlukan pas masuk bagi mengemukakan borang pencalonan.

MR :  PH hebat, hutang pegawai Mat Sabu RM800k boleh selesai, takkan ini tak boleh selesai. Hutang selesai, Jika dalam UMNO dulu penyangat boleh sucikan diri sekali dengan PH.. Penghapus Hancing


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!







............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.