Header Ads

ads header

Flash News

Skandal 1Bestarinet didedahkan: Kerajaan membayar RM19,000 sebulan per sekolah untuk Internet 30Mbps kepada YTL


Malaysia masih belum habis trauma daripada skim penipuan 1MDB, tambah pula dengan pendedahan kontrak-kontrak berat sebelah yang ditandatangani untuk projek ECRL dan HSR oleh kerajaan yang lalu, kini satu lagi skim penipuan sedang berlaku dalam tanah air kita, oleh bukan lain tetapi orang-orang yang mengaku mereka adalah rakyat Malaysia.

Penipuan yang dimaksudkan ini adalah skandal terbesar yang melandai Kementerian Pendidikan Malaysia, iaitu projek 1Bestarinet. 1Bestarinet bukan sahaja telah menyedut kewangan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang sepatutnya menjadi tunjang belakang generasi masa hadapan, malah ia juga telah membunuh semua pemain-pemain industri pendidikan tempatan, dalam sebuah skim yang telah menguntungkan pelbagai pihak, termasuk pegawai-pegawai dalam KPM sendiri.

Kontrak pembekalan 1Bestarinet telah pun menjadi kontroversi mulai 2015 apabila sekumpulan guru-guru mengatakan portal Frog Asia dan bekalan Internet disekolah disifatkan sebagai daif.

Ekoran ini, satu persidangan jawatan kuasa kira-kira wang Negara (Public Accounts Committee) telah diadakan pada 13 Mac 2015, sempena persidangan ke-13 Parlimen, pada penggal ketiga, dan dipengerusikan oleh Datuk Nur Jazlan Mohamed. Malangnya prosiding yang berlangsung selama 2 jam ini tidak menyoalkan perkara-perkara yang berkaitan dengan kos kepada KSU KPM ketika itu, iaitu Tan Sri Dr Madinah Mohamad, dan kesannya, kontrak 1Bestarinet dapat diteruskan lagi pada Jun 2016 untuk selama 3 tahun.

Namun baru-baru ini, kami menerima satu sumber berkaliber yang sanggup menampil kehadapan untuk menerangkan butiran kos dan kandungan kontrak Fasa ke-2 1Bestarinet yang bermula pada Jun 2016, secara lisan. Beliau menerangkan bahawa kontrak ini tidak melanggar sebarang perjanjian bekalan. Dalam erti kata lain, apa yang dijanjikan, telah disampaikan.


Walau bagaimanapun, apabila kos kontrak dipersoalkan, butir-butiran yang sangat mengejut dimaklumkan. Pada fasa 2 projek ini, sumber kami menerangkan bahawa kerajaan telah setuju dengan bekalan daripada YTL pada kadar RM130 sebulan untuk setiap sekolah, bagi setiap Megabit sesaat (Mbps) yang dibekalkan kepada pusat sumber, atau makmal komputer, atau bilik guru, atau ketiga-tiganya sekali. Ini bermakna, sekolah yang kecil akan terima bekalan 6Mbps pada kadar RM783, sekolah sederhana besar akan terima 10Mbps pada kadar RM1,304, dan sekolah besar akan terima 15Mbps pada kadar RM1,955.

Untuk khalayak ramai yang menggunakan perkhidmatan jalur lebar dirumah dan pejabat, sudah pasti bahawa kadar yang dikemukan diatas ini adalah sangat keterlaluan. Tambah pula, jalur lebar yang kecil ini sudah semestinya tidak cukup untuk menampung 40 orang murid yang menggunakan secara serentak dalam makmal. Oleh itu, pihak kami terus melakukan penyelidikan dan penyiasatan pada tarif-tarif telco dan celco ketika itu. Jika di congak, pada tahun 2016, pakej TM Unifi untuk bisnes sekali pun adalah dalam sekitar RM4 sebulan untuk setiap Mbps yang dibekalkan. Oleh itu, harga yang dikenakan oleh YTL Communications kepada KPM adalah lebih daripada 30 kali ganda harga pasaran biasa. Bermakna, syarikat YTL telah memakan untung lebih daripada RM300juta atas angin untuk bekalan Internet yang daif untuk sekolah.


Sumber kami terus menjelaskan beberapa perkara dalam kontrak yang membimbangkan, iaitu sekolah yang mendapat jalur lebar berdedikasi sebanyak 30Mbps menggunakan sambungan fibre dan dijaminkan perkhidmatan lebih daripada 99% dikenakan kadar RM19,000 sebulan setiap sekolah.
Ini adalah lebih daripada 213 kali ganda daripada apa yang sepatutnya dibelanjakan oleh kerajaan. Jumlah ini sangat mengejutkan, dan tidak hairan lah apabila pihak YTL dan KPM mengatakan bahawa butiran kontrak ini boleh menjejaskan keselamatan Negara, kerana ianya penuh dengan tipu muslihat.
Dalam bekalan ini, YTL telah berjaya meraihkan atas angin lebih daripada RM100juta tambahan daripada tabung KPM.

Dalam kontrak ini, terdapat beberapa klausa untuk perkhidmatan yang diberi jaminan sambungan lebih daripada 99%. Biasanya, jaminan seperti ini adalah khusus untuk pusat data dan pelayan, ataupun untuk pelayan syarikat-syarikat yang pendapatan hakikinya bergantung kepada kesinambungan Internet.

Namun untuk sekolah, perkara ini tidak masuk akal, kerana Internet disekolah tidak diguna pakai pada waktu malam sebagai satu contoh, dan juga jika bekalan Internet terputus sekali pun, ianya tidak akan menjejaskan apa-apa kecuali kelas dalam makmal komputer ketika itu, memandangkan bilik darjah semuanya tidak dibekalkan dengan Internet pun.


Baiklah, jika kita berfikir bahawa YTL adalah bukan pemain telco dan oleh itu kadar harganya tidak berpatutan, akan tetapi mungkin mereka adalah pemain pendidikan digital yang hebat, oleh itu harga kontrak masih dapat diberi justifikasi.

Sumber kami terus menerangkan perincian kandungan 1Bestarinet yang dinamakan Frog VLE.
Mengikut sumber ini, kadar RM1,668 sebulan dikenakan kepada 10,556 sekolah dan institut perguruan, dan untuk sekolah di pendalaman, sebanyak tambahan RM450 dikenakan juga untuk menggunakan aparatus Frog.

Daripada kadar harga perisian Frog VLE untuk sekolah yang menjangkau kos melebihi RM650juta ini, terdapat 828 judul buku PDF dalam talian dimana 576 judul adalah buku teks percuma yang dibekalkan oleh KPM kepada YTL, dan selebihnya adalah judul berbayar yang dibekalkan oleh dua penerbit tempatan.

Lebih mengejutkan adalah sebanyak 6,785 buah video pendidikan yang disediakan daripada koleksi yang ditarik pautannya daripada Youtube.

Disini, jelas menunjukkan bahawa bukan sahaja tiada sebarang video baharu yang disediakan, malah hostingnya juga adalah melalui Youtube sahaja, yang sememangnya percuma”, jelas sumber kami.

Justeru, 1Bestarinet mengenakan bayaran langganan untuk Google Youtube yang kebiasaannya percuma.

Selain itu, Frog VLE memberi justifikasi bahawa ramai guru-guru dan murid-murid yang menggunakan platform ini untuk membangunkan bahan. Menurut sumber kami, terdapat lebih daripada 45ribu blog yang telah dibangunkan dalam Frog VLE oleh sekolah-sekolah Malaysia sepanjang 8 tahun beroperasi. Namun apabila diberikan perincian yang lebih mendalam, hanya 1,200 blog disifatkan sebagai lengkap, dan selebihnya adalah sekadar projek cubaan murid-murid ketika membuat latihan dalam makmal. Tegas sumber ini, hanya sebanyak 2.6% daripada 45ribu blog ini adalah hasil kerja yang lengkap setelah 8 tahun Frog VLE beroperasi.

Pada asasnya, Frog VLE dan bekalan Internet oleh YES, YTL Communications Sdn Bhd, telah mengenakan kadar kos perkhidmatan yang melampau, dan oleh itu, Kementerian Pendidikan, dan seterusnya, Kerajaan Malaysia, terpaksa membayar untuk satu perkhidmatan yang kos sebenarnya jauh lebih rendah. Untuk kontrak Fasa 2 ini, sejumlah lebih darioada RM1.5billion telah pun diikat janji. Jumlah ini bukan sekadar lebih baik diguna pakai untuk sektor pendidikan yang memerlukan, malah boleh mendapatkan kesan yang positif jika diagihkan dengan saksama untuk kegunaan sekolah dan murid-murid Malaysia.

Harapan rakyat adalah untuk Suruhanjaya Pesaingan Malaysia (MyCC), Kementerian Kewangan Malaysia, dan juga Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM), dapat menyelidik dengan lebih mendalam perkara ini. Pihak media seharusnya perlu memainkan peranan yang penting supaya kebenaran dapat dipertahankan.

Bukan sekadar 1Bestarinet telah memonopoli industri pendidikan, malah telah menyebabkan hutang Negara melambung.

Sila mohon salinan perjanjian daripada Kementerian Pendidikan Malaysia sekarang!

........................

LEAK ALERT: 1Bestarinet Scandal unravels RM19,000 monthly Internet bill per school for 30Mbps to YTL

Malaysia is still traumatized by mega scandals of 1MDB, ECRL and HSR, legacies of the previous government, and now, a massive financial turmoil for Malaysian education relating to 1Bestarinet project is exposed.

This colossal loss in paying for a substandard project have not only made the government coffers suffered for the past 8 years, but it has also wiped out the domestic small medium industry in Malaysian education, costing thousands of employments. YTL today have retained as a monopolistic power in supplying to the Ministry of Education.

1Bestarinet prevailed the scrutiny of Public Accounts Committee of March 2015 and continues to supply Ministry of Education with extortionate pricing, for last mile Internet connectivity and e-Learning software.

Recently, a member of the Ministry have came forward spelling out the shear extent of the financial damage 1Bestarinet have caused and is still causing. The source explained that there are no faults in the contract and fulfillment of 1Bestarinet.

However, once the costings are analyzed, the contract unravels shocking prices that were imposed, and further horror becomes evident when the end product inventory were audited.

It is hard to digest that common sense could agree to such brutal pricing.

It was said from the source that the second phase of the contract which covers the period of June 2016 to June 2019, agreed to a supply of last mile Internet at RM130 per month per Mbps for school’s computer labs. This means that at 6Mbps each school is charged RM783 per month, at 10Mbps each school is charged at RM1,304, and at 15Mbps each school is charged RM 1,955.

These exorbitant pricing have allowed YTL to scrap off an easy profit of RM300 million a year for inadequate Internet supplied to school computer labs.

If these prices are not extreme enough if compared to your regular broadband providers, schools are also supplied with a 30Mbps broadband via a dedicated fibre, with the excuse to maintain constant connectivity, at a mind blowing RM19,000 per month for just the school’s computer lab.

From what can cost only RM89 per month with your regular last mile providers, YTL have made an argument to justify the dedicated line model with a 99% service level agreement similar to those of a data center and mega online companies for usage in schools that does not operate 24hours.

YTL is making 21,350% more than what the industry should logically charge for a similar use, and this alone have allowed the company to overcharge an additional RM100million.

This 2nd phase contract which amounts to more than RM 1.5billion for a 3 year period, has always been kept a secret by YTL and the Ministry, with clauses in the contract stating that it will compromise national secrets. With these sort of deception, no wonder this dubious contract have been kept hush hush all this time.

Whilst always been criticized for its poor last mile connection, YTL have always defended 1Bestarinet in arguing that the e-Learning platform provided by the company is beneficiary to teachers and students, and that should it be taken away, the whole education system will simply collapse.

For this e-Learning platform named Frog Virtual Learning Environment (VLE), the Ministry pays RM1,668 per month for each school and teacher’s institute, totaling 10,556, whereby more than 2,000 of these schools are remote schools that then requires what is called Frog Apparatus, costing an additional RM450 per month due to usage of VSat system rather than wireless towers.

Frog VLE component of the contract alone, costs the government more than RM650 million, for something which is hardly used by students are are mostly not known by parents.

When audited, the findings over Frog VLE were simply astonishing. This is where some gruesome figures are revealed.

After 8 years in operation, the Frog VLE which is an all time online web portal provides Malaysian students with 828 PDF books, out of which 576 are free collection from Ministry of Education textbooks and Project Gutenberg public domain free collection. The rest are marketplace offerings whereby student will need to pay extra to obtain the online books.

The figures gets better, Frog VLE continues to claim its delivery of world class standards in education by the umpteen amount of educational videos it provides. True enough there are 6,785 videos served from free collections including that of Edunation and Khan Academy.

The vomiting part is that these videos are served as a dedicated page with links from Google Youtube. The norms is that these services are free for use, nonetheless YTL have manage to charge outrageous subscription fees to Ministry of Education in a conniving package call Frog VLE.

Frog VLE also provides an authoring tool which allows teachers to encourage students to create contents in form of blogs in order to fulfill key performance indexes. Over the 8 years, this program have registered more than 45 thousand blogs being created. Nonetheless, when looked in detail, only 1,200 of these blogs are complete, which is a mere 2.6% of the total numbers. The rest are just test pages students made during practices.

Will 1Bestarinet disrupt education if it is taken away, definitely not. The amount of money that is overcharged for this service can be made for better use in many more much lacking areas in schools and canteens.

We really hope that Malaysia baharu will act with justice and that MyCC, MACC and other parties will look into this matter seriously, and this can all start by asking the Ministry for a copy of the 1Bestarinet contract. May justice prevails for Malaysia.




MR :  ............


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 🔥🔥💥Cara mudah buat bisnes tanpa promosi sakan pada pelanggan, tapi pelanggan sendiri yang cari kita. Buat online je..💥🔥🔥





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

10 ulasan:

  1. Dah sah selama2nya orang dan kroni cina diberi tongkat oleh kerajaan atau pihak berkuasa, tak kira BN maupun PH. Depa ni ibarat lintah darat (dna kongsi gelap) yang menyedut hasil Negara bawah meja, dulu n kini, kini atas alasan orang cina pembayar cukai terbanyak...sekarang dah jadi kerajaan lagi senang menyalahguna kuasa dan wang negara semuanya bagi membantu smpc yang sedia mewah. Bagi pengundi PH, inilah keadilan PH yang dimomokkan sebelum PRU lepas hingga rakyat sanggup melantik cina dalam sektor kerajaan dan melemahkan institusi Melayu dan Islam. Keadilan yang bukan berlandaskan meletakkan sesuatu pada tempatnya, dah sah2 mof nobita, timbalan menteri pendidikan sizuka berat sebelah. Hanya undi Melayu saja diperlukan, political Machiavelli ni memang resam kafir n munafik.
    Kepalanya dah jadi semula PM 7 daa...bangkitlah Melayu dan orang Islam dari belenggu kafir melabelkan kita dengan bermacam2 slogan. Memang umno dahulu busuk, tapi jadikan pas dan umno kembali kuat. Ini yang ditakuti cina. Dah ada ura2 mca nak berbaik dengan pas, sebab dah bakar jambatan dengan umno. Ini tak lain bagi melemahkan agenda Islam dan Melayu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kontrak 2016-2019 tu zaman siapa? Ditamatkan zaman siapa?

      Padam
    2. Encik Atan, zaman siapa dan siapa yang masuk parti apa? Haha
      1bestarinet ni projek pakdin. Sebelum pakdin dilucutkan dari jadi menteri pendidikan. Sekarang ni pakdin kan join kroni2 balik

      Padam
  2. memang betul sangat. sekolah kami line cuma 2 MBPS saja. pakai frog appliance plak tu. kadar RM1,668 sebulan dikenakan kepada 10,556 sekolah dan institut perguruan, dan untuk sekolah di pendalaman, sebanyak tambahan RM450 dikenakan juga untuk menggunakan aparatus Frog. bayar RM2K untuk 2Mbps.. kahkahkah... mmg hawau

    BalasPadam
  3. Dengar cerita kontrak 1Bestarinet ini tidak akan disambungkan lagi. Kalau betul lah, terima kasih KPM dan Menteri Pendidikan kerana sayangkan pendidikan Malaysia.

    BalasPadam
  4. Ada hikmah Dr Mazlee dpaksa kluar dr kpm. Rkyat dpt mngetahui jua pnyelewengan yg dlakukn oleh YT yg jg kroni Tun. Sbg krajaan baru yg mngamalkn bersih dr korupsi dan rasuah mohon pdrm macc masuk campur hal ni. Tun tlg perkasakn undang2 spt yg beliau sebut2 sblum pru14. Semoga Dr Mazlee d angkat smula mnjd menteri pndidikan selepas kuasa pmberintahn Tun bkubur

    BalasPadam
  5. KPM LUBUK DUIT..DULU PEMBEKALAN LAPTOP DAN PROJECTOR..PUN HANCUS

    BalasPadam
  6. Berani ke nak buka kes ni? Masa kontrak diberi haritu, menteri pendidikan masa tu (kerajaan BN) dah jadi menteri KDN kerajaan PH sekarang. Apa macam?

    BalasPadam
  7. “ Frog VLE memberi justifikasi bahawa ramai guru-guru dan murid-murid yang menggunakan platform ini untuk membangunkan bahan.”

    Hakikatnya setiap minggu cikgu dikerah & dipaksa untuk memaksa murid juga supaya login frog vle. Dah la tak berapa mesra pengguna, line internet yang sangat-sangat la lembab. Nak update pun kadang-kadang boleh, selalu tak boleh. Ingat cecikgu sukarela ke nak guna tu? Awal-awal semangat juga nak buat. Dah buat, lepas tu pindah sekolah, profile jadi yang baru. Kena buat balik dari 0. Hampeh..

    BalasPadam
  8. Testimoni saya tentang bagaimana saya menjadi ahli Illuminati. Saya ingin tahu orang yang ingin menyertai Illuminati hebat sebagai ahli hebat Illuminati yang mahukan saya sebagai ahli hebat. Namanya ialah Lord Felix Morgan. Bantu saya memulihkan hidup saya dari peringkat kematian. Dilepaskan selepas kira-kira 5 tahun dan enam bulan. Selepas dikhianati oleh begitu ramai ahli Illuminati. Selama bertahun-tahun saya putus asa dan kewangan di lapangan. Tetapi pada suatu hari ketika melayari internet, saya terjumpa posting Ahli Besar Illuminati Lord Felix Morgan dan mengatakan bahawa jika anda adalah salah seorang ahli Illuminati yang hebat, anda boleh menjadi terkenal, kaya dan berjaya dalam hidup. Saya menghubunginya dan saya menerangkan segala-galanya kepadanya dan dia mengesyorkan pendaftaran yang digunakan dan saya membayar ahli besar untuk memulakan saya dan saya telah dimulakan ke dalam World Order of the Illuminati. Selepas itu, mereka memberi saya semua garis panduan dan memberitahu saya bahawa selepas permulaan ahli baharu akan diberi ganjaran wang tunai $1,000,000. Dengan bantuan Lord Felix Morgan. Saya telah dimulakan sepenuhnya sebagai ahli penuh Illuminati. Jika nasihat anda ialah anda pernah mencuba penipu sebelum ini atau sedang, terpulang kepada saya untuk membantu anda menyertai jadi cuba Lord Morgan. Ini adalah peluang terbaik anda untuk menjadi apa yang anda inginkan dalam kehidupan masa depan anda. Hubungi beliau melalui WhatsApp +2348055459757 atau e-mel: Illuminatiofficial565@gmail.com

    BalasPadam