Header II

Header ADS

Kerajaan PH ambil dana sebanyak RM82 bilion dari Petronas


Kerajaan BN di bawah saya tinggalkan rizab tunai yang besar dalam Petronas kepada kerajaan PH.

Rizab tunai Petronas meningkat kepada hampir RM180 bilion pada akhir Jun 2018 berbanding RM128.2 bilion pada tiga bulan lalu iaitu pada penghujung 2017.

Peningkatan ini adalah berikutan harga minyak yang memberangsangkan selain dari penerimaan bayaran dari pelaburan Aramco Saudi bagi projek RAPID Pengerang.

Rizab tunai Petronas masa PH mengambil alih kerajaan adalah jauh lebih tinggi berbanding tahun 2008 semasa saya mula bertugas sebagai menteri kewangan.

Pada ketika pentadbiran saya, saya amat teliti dalam memastikan Petronas tidak perlu membayar dividen kepada kerajaan melangkaui keperluan kerana saya mahu memastikan mempunyai imbangan tunai mencukupi bagi memenuhi pelan pengembangan dalam sektor perniagaan utama dan hiliran bagi menjadi sebuah syarikat tenaga berintegrasi bertaraf dunia.

Hasilnya, baki tunai Petronas telah meningkat secara signifikan dan syarikat ini berupaya membuat pelaburan serta berkembang untuk melaksanakan projek bersifat ‘game changer’ seperti projek RAPID Pengerang, Projek Integrasi Minyak dan Gas Sabah Sarawak (SSIOGP) dan projek Amonia dan Urea Sabah (Samur).

Pada masa itu, Petronas turut diberi ruang kebebasan untuk membuat pelaburan dalam projek huluan yang besar di Malaysia dan di merata tempat di dunia seperti Kanada, Iraq dan Brunei.

Pelaburan-pelaburan ini akan berupaya menghasilkan dividen yang tinggi bagi Petronas serta Malaysia bagi jangka masa panjang. Kita melabur untuk memastikan manfaat bagi jangka masa panjang.

Kerajaan PH baru-baru ini telah menyatakan pemansuhan GST akan dibiayai dengan meminta Petronas, Khazanah dan BNM untuk membuat bayaran dividen yang lebih tinggi kepada kerajaan. Bagaimanapun pendekatan ini adalah rapuh (not sustainable) dan bakal mengorbankan jangka masa panjang hanya untuk pembiayaan jangka masa pendek.

Keuntungan Petronas juga bergantung kepada harga minyak dan gas dunia yang terletak di luar kawalannya. Kebergantungan yang keterlaluan terhadap harga minyak yang tinggi sepatutnya dielakkan.

Walaupun harga minyak dunia sekarang agak tinggi berbanding jangkaan dalam bajet 2018 saya, kita perlu menjaga jika harga minyak jatuh lagi seperti kejatuhan sebanyak 80% yang berlaku pada tahun 2014 dan 2015.

Pada akhir bulan Mei lalu, saya pernah mohon kerajaan PH untuk terus memberi ruang dan modal yang cukup besar kepada Petronas supaya mereka boleh terus memenuhi visi mereka dan bukannya menjarah dana Petronas atau bagi misi ‘bail-outs” sebagaimana dilakukan ketika pentadbiran PM ke-4 dulu.

Tetapi, PH tidak hirau saya.

Selepas mengambil alih, PH umum mereka sedang dan akan ambil dana sebanyak RM82 bilion dari Petronas untuk tahun 2018 dan tahun ini.

Akibatnya, syarikat penarafan kredit antarabangsa Moody’s telah menjatuhkan unjuran penarafan Petronas kepada negatif daripada stabil pada bulan November lalu.
https://www.bharian.com.my/bisnes/korporat/2018/11/496255/moodys-ubah-tinjauan-penarafan-petronas-lng-ke-negatif

Fb : Najib Razak



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 🔥🔥💥Cara mudah buat bisnes tanpa promosi sakan pada pelanggan, tapi pelanggan sendiri yang cari kita. Buat online je..💥🔥🔥
 Dapatkan Vitamin C Harian Anda Disini >>>Klik Sini<<< Sebotol ada 100 tablet Harga RM60 sahaja.Penghantaran PERCUMA ke Seluruh Malaysia





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.