Header Ads

ads header

Flash News

Ahmad Razif letak jawatan ketua pembangkang DUN Terengganu


Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Takir, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman meletak jawatan sebagai ketua pembangkang DUN Terengganu.

Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Muhammad Pehemi Yusof berkata, UMNO Terengganu mengesahkan menerima peletakan jawatan itu menerusi surat daripada Ahmad Razif beberapa hari lalu.

“Sehubungan itu kita mohon DUN Terengganu membuat surat kepada UMNO Negeri bagi mencadangkan nama baharu sebagai ketua pembangkang.

“Di pihak UMNO Terengganu buat masa ini belum mengadakan sebarang mesyuarat bagi memutuskan siapa yang akan memegang jawatan itu…siapa yang akan ganti akan diputuskan oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu iaitu Datuk Seri Ahmad Said,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Media Terengganu hari ini menerima kiriman WhatsApp yang butirannya menyebut Ahmad Razif yang juga bekas Menteri Besar meletakkan jawatan melalui surat kepada Yang Dipertua DUN, Yahaya Ali bertarikh 4 Februari lalu.

Yahaya ketika dihubungi Bernama kemudian berkata, beliau belum menerima surat berkenaan kerana sedang bercuti.

Ahmad Razif dan Ahmad Said gagal dihubungi bagi mengesahkan perkara berkenaan. – Bernama



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 🔥🔥💥Cara mudah buat bisnes tanpa promosi sakan pada pelanggan, tapi pelanggan sendiri yang cari kita. Buat online je..💥🔥🔥
 Dapatkan Vitamin C Harian Anda Disini >>>Klik Sini<<< Sebotol ada 100 tablet Harga RM60 sahaja.Penghantaran PERCUMA ke Seluruh Malaysia





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan