Header Ads

ads header

Flash News

Dr M makin hampir raih dua pertiga di parlimen


Ketika Dr Mahathir Mohamad mengangkat sumpah sebagai perdana menteri tahun lalu, beliau menerima sokongan 122 dari 222 ahli parlimen di Dewan Rakyat.

Dengan perkembangan terbaru hari ini, Dr Mahathir semakin hampir untuk meraih dua pertiga parlimen.

Petang tadi, tujuh ahli parlimen bebas yang memenangi kerusi pada pilihan raya umum (PRU) ke-14 sebagai calon BN, secara rasminya menyertai Bersatu.

Ketika ini Bersatu mempunyai 22 ahli parlimen, yang menjadikan parti itu sebagai keempat terbanyak sebagai pemegang kerusi selepas Umno dalam Dewan Rakyat.

Jumlah keseluruhan ahli parlimen dalam Pakatan Harapan (PH) dan Warisan ketika ini adalah 134, iaitu kurang 14 kerusi untuk mendapatkan dua pertiga majoriti parlimen.

Mahathir memerlukan dua pertiga majoriti untuk membolehkan beberapa pindaan Perlembagaan Persekutuan bagi memenuhi agenda perubahan yang dijanjikan PH dalam manifestonya.

Beberapa janji berkenaan termasuklah mengehadkan tempoh bagi seseorang menjawatan jawatan perdana menteri, memisahkan tugas pendakwa raya dan peguam negara, memberi autonomi kepada Sabah-Sarawak dan meletakkan SPRM di bawah parlimen.

Mahathir mungkin boleh berharap pada sokongan ahli parlimen Sabah yang tidak menyatakan sokongan secara rasmi kepada PH untuk menambahkan lagi jumlah sokongannya.

Terdapat empat ahli parlimen bebas yang sebelum ini merupakan ahli Umno Sabah iaitu Abdul Rahim Bakri (Kudat), Azizah Mohd Dun (Beaufort), Ronald Kiandee (Beluran) and Zakaria Mohd Edris (Libaran).

Keempat-empat mereka sebelum ini menyatakan sokongan kepada Mahathir meskipun tidak menyertai mana-mana parti komponen PH.

Satu-satunya ahli parlimen Upko ialah Wilfred Madius Tangau (Tuaran). Upko mempunyai perjanjian kerjasama rasmi dengan Warisan. Wilfred menjadi wakil rakyat sejak Mahathir menjadi perdana menteri kali pertama.

Jika kelima-lima mereka menyokong Mahathir, pengerusi PH itu mempunyai sokongan 139 ahli parlimen, iaitu kurang sembilan untuk mendapat dua pertiga.

Dengan tanggapan bahawa tiada lagi ahli Umno akan menyertai PH, Mahathir dilihat boleh bergantung kepada Gabungan Parti Sarawak (GPS), yang mempunyai 19 ahli parlimen, untuk meluluskan rang undang-undang yang diperlukan.

Untuk rekod, tiada perdana menteri yang pernah meraih dua pertiga majoriti di Dewan Rakyat sejak 2008.



MR :  Untuk jadi kuat Mahathir kena beli MP PKR pula


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 🔥🔥💥Cara mudah buat bisnes tanpa promosi sakan pada pelanggan, tapi pelanggan sendiri yang cari kita. Buat online je..💥🔥🔥
 Dapatkan Vitamin C Harian Anda Disini >>>Klik Sini<<< Sebotol ada 100 tablet Harga RM60 sahaja.Penghantaran PERCUMA ke Seluruh Malaysia





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan