Header Ads

ads header

Flash News

‘Ceteknya pengetahuan Kit Siang’


Pemimpin veteran parti rasis dan cauvinis DAP, Lim Kit Siang menonjolkan kecetekan pemikirannya apabila mengusulkan supaya Orang Asli diberikan taraf kerakyatan penuh jika Pakatan Harapan (PH) menang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands, Sabtu ini.

Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu kenyataan mempersoalkan jika selama ini Kit Siang hanya menganggap masyarakat Orang Asli ini berstatus Penduduk Tetap (PR) yang diberikan kerajaan Malaysia.

Beliau menegaskan, Orang Asli bukan sahaja masyarakat Bumiputera yang cukup istimewa, malah untuk pendidikan mereka sekalipun, kerajaan terdahulu telah menyediakan biasiswa penuh.

“Bukan sahaja sekolah percuma malah mereka dibekalkan dengan pakaian lengkap persekolahan percuma dan mereka mendapat duit poket dari kerajaan dan lain-lain keistimewaan.

“Apakah secetek itu pemikiran seorang Ahli Parlimen yang paling lama berada dalam Dewan Rakyat ini?,” soalnya.

Beliau berkata, untuk pengetahuan Kit Siang, Kabinet Kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini telah mewujudkan satu Majlis Penasihat Orang Asli untuk memantau pembangunan masyarakat Orang Asli.

“Majlis ini dipengerusikan oleh Menteri di Kementerian Kemajuan Luar Wilayah(KKLW). Jawatankuasa dalam Majlis tersebut terdiri daripada Wakil-wakil Orang Asli, Persatuan Orang Asli Semenanjung, Wakil Persatuan Keusahawan Orang Asli, Wakil Profesional, Wakil Belia Orang Asli dan lain-lain.

“Majlis ini merupakan badan yang bertindak bagi pihak kerajaan untuk mengkaji dan memikirkan keperluan pembangunan kepada seluruh Masyarakat Orang Asli Malaysia,” katanya.

Dengan kenyataan dangkal penasihat DAP itu, Ismail berkata, jelas sekali Kit Siang tidak pernah tahu akan perkembangan pembangunan Orang Asli sehingga tanpa sedar beliau mengakui bahawa beliau tidak tahu menahu status kedudukan mereka.

“Saya nasihatkan Orang Asli agar tidak menyokong DAP yang tidak pernah memikirkan pembangunan Orang Asli malah Kerajaan Baru ini juga yang telah membatalkan projek-projek untuk kepentingan Orang Asli,” katanya.

Beliau berkata, bukti bahawa Kerajaan PH tidak langsung mempedulikan pembangunan dan masa depan Orang Asli apabila Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) diletakkan di bawah Menteri Perpaduan sedangkan ketika era pemerintahan BN, JAKOA diletakkan di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar.

“Lebih ironi lagi DAP menentang usaha BN untuk mengangkat wakil Parlimen daripada kalangan Orang Asli dan bakal menjadi Orang Asli pertama dalam sejarah sebagai Ahli Parlimen yang akan membawa suara seluruh masyarakat Orang Asli di dalam Dewan Rakyat apabila menang di Cameron Highland.

“Malangnya DAP bersungguh-sungguh mahu mengalahkan Calon BN yang berasal dari Masyarakat Orang Asli,” katanya.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 MENCARI SESIAPA yang berminat niaga di shopee peluang raih pendapatan rm lumayan setiap hari lawati bit.ly/2A86ypP
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan