Header Ads

ads header

Flash News

Tak wajar pertuduhan TH melalui media oleh menteri mentah


PAS memandang serius terhadap tuduhan yang berlaku dalam Tabung Haji (TH) sebagai institusi kewangan terbesar umat Islam di Malaysia, kata presidennya Abdul Hadi Awang.

Namun tegas beliau, parti itu berpandangan tidak wajar sekiranya pertuduhan itu dibicarakan melalui media oleh “seorang menteri yang masih mentah”, sehingga boleh menimbulkan persepsi dan percanggahan maklumat yang mengelirukan.

"Saya mengikuti pendedahan terbaru ke atas pihak TH melibatkan aspek pengurusan kewangan, pelaburan dan tadbir urus yang dipertikaikan.

"PAS berpandangan tidak wajar sekiranya pertuduhan itu dibicarakan melalui media oleh seorang menteri yang masih mentah, " katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Terdahulu Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Mujahid Yusof mendedahkan TH mengalami defisit sebanyak RM4.1 bilion dan melanggar syarat pembayaran hibah (dividen) kerana membuat bayaran ketika liabilitinya melebihi aset.



Bekas pengerusi TH Abdul Azeez Abdul Rahim menafikan pelanggaran syarat itu dan mempertahankan TH tidak mengalami defisit, sebaliknya mempunyai lebihan.\Justeru Abdul Hadi yang juga anggota parlimen Marang berkata, pihaknya menyarankan agar satu penilaian menyeluruh dikendalikan bawah seliaan Majlis Raja-Raja (suruhanjaya diraja) ataupun parlimen.

"PAS juga menasihatkan agar kerajaan tidak mempolitikkan isu ini sehingga merosakkan imej TH dan tidak bersikap berat sebelah dalam menjalankan siasatan terhadap kes rasuah dan penyelewengan melibatkan pemimpin Pakatan Harapan yang masih belum disiasat dan didakwa sehingga hari ini,” katanya.

Hadi juga berkata PAS meletakkan keyakinan terhadap integriti dan profesionalisme lembaga pengarah, pengurusan tertinggi, pegawai dan kakitangan TH dalam melaksanakan tugas bagi melindungi kepentingan pendeposit.

"Janganlah kerana nila setitik, rosak susu sebelanga," katanya.


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Sistem Mudah Untuk Anda Menjana Pendapatan Online Secara Sambilan
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 MENCARI SESIAPA yang berminat niaga di shopee peluang raih pendapatan rm lumayan setiap hari lawati bit.ly/2A86ypP





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

4 ulasan:

  1. sudah tak boleh buat apa apa lagi PH sudah berkuasa pilihan rakyat .Menyesal tiada guna telan saja hingga pr15.

    BalasPadam
  2. finance management, bukan songlap duit tapi kaedah accounting bz..comone la..kerj pakatandap sebenar tiada intergrity lol..buat royal board comm.bagi clear mano sprm..kalau la ada kuasa??

    BalasPadam
  3. Heran bin Ajaib Menteri PH ni. Baru je buat tuduhan belum lagi siasatan dilakukan dah pandai2 mengalihkan aset TH kepada LGE ni apa citer ni?

    BalasPadam
  4. Buat bantahan lah beramai supaya TH tidak diletak dibawah pengawasan Bank Negara.

    BalasPadam