Header Ads

ads header

Flash News

Lim Kit Siang buat u-turn, bekas pemimpin UMNO boleh sertai PH termasuk DAP


KUALA LUMPUR: Bekas Ahli Parlimen dan pemimpin UMNO boleh menyertai mana-mana parti dalam Pakatan Harapan (PH), termasuk DAP.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang, berkata penerimaan itu bagaimanapun tidak bermakna mereka bebas daripada tindakan undang-undang jika didapati terbabit dalam rasuah dan perbuatan jenayah dalam pentadbiran kerajaan terdahulu.

Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu berkata, bekas pemimpin UMNO yang mahu menyertai PH juga perlu mengaku secara terbuka jika mereka gagal bertindak dalam menangani skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan bersubahat dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Adalah penting untuk tindakan Ahli Parlimen UMNO yang mahu menyertai PH dilihat sebagai menebus kesalahan bersubahat bersama Najib dan skandal 1MDB, atau mereka akan dilihat sebagai oportunis.

“Mereka juga perlu bersedia menyokong program PH mentransformasi Malaysia daripada negara kleptokrasi global kepada negara yang mendahului dalam integriti.

“Sudah tentu selepas mereka menyertai PH, jika didapati ada yang terbabit dalam rasuah dan perbuatan jenayah perlu membayar harganya,” katanya ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Buku 100 Days, 100 Pictures di sini, hari ini.

Beliau mengulas mengenai sejumlah pemimpin dan Ahli Parlimen UMNO yang meninggalkan parti itu dan berkemungkinan menyertai mana-mana parti komponen PH, khususnya Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dalam masa terdekat.

Rabu lalu, Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor mengumumkan lima Ahli Parlimen dan sembilan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) selain 21 Ketua Bahagian dan semua Ketua Wanita serta Puteri UMNO Sabah keluar parti berkuat kuasa serta merta.

Terbaharu, enam Ahli Parlimen UMNO mengumumkan keluar parti berkuat kuasa hari ini iaitu Datuk Seri Hamzah Zainudin (Larut), Datuk Rosol Wahid (Hulu Terengganu), Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad (Mersing), Datuk Shabudin Yahaya (Tasik Gelugor), Datuk Mohamad Fasiah Mohd Fakeh (Sabak Bernam) dan Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz (Tanah Merah).

Semalam, Setiausaha DAP Selangor, Ronnie Liu Tian Khiew dilaporkan mengingatkan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad supaya tidak mengambil pemimpin ‘katak’ dan ‘sampah’, merujuk kepada ahli UMNO Sabah yang keluar parti untuk menyertai BERSATU.

Mengulas lanjut, Kit Siang berkata, adalah penting penerimaan bekas pemimpin UMNO ke dalam PH tidak dilihat sebagai merendahkan harapan rakyat yang mahu kerajaan baharu menegakkan integriti.

“Kita bukan orang suci, kita semua melakukan kesilapan. Jika pada masa lalu (ada melakukan kesilapan), mereka perlu menyatakan secara terbuka mengenai kegagalan bertindak dan bersubahat dengan Najib dan skandal 1MDB.

“Tapi bagi mereka yang melakukan lebih daripada itu, terbabit dalam rasuah dan jenayah, perlulah berdepan tindakan undang-undang,” katanya.

Ditanya sama ada DAP sedia menerima bekas pemimpin UMNO itu sebagai ahli, Kit Siang berkata, penerimaan itu atas syarat penyertaan itu bukan bersifat oportunis serta mereka sedia bekerjasama ke arah mewujudkan kerajaan berintegriti bersih dan memiliki tadbir urus yang baik, selain tidak terbabit jenayah.

Beliau bagaimanapun memaklumkan DAP belum menerima permohonan daripada mana-mana bekas pemimpin UMNO untuk menyertai parti itu.

Berhubung pandangannya jika BERSATU menerima individu seperti bekas Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak dan bekas Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang sebelum ini dilihat mempertahankan Najib dalam isu 1MDB, Kit Siang berkata, ia bergantung pada prestasi mereka.

Mengenai dakwaan Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, membuat perjanjian dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim demi kelangsungan UMNO, Kit Siang enggan mengulas isu yang disifatkannya sebagai ‘spekulasi’.


MR :  Nak kata macam mana..


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Sistem Mudah Untuk Anda Menjana Pendapatan Online Secara Sambilan
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 MENCARI SESIAPA yang berminat niaga di shopee peluang raih pendapatan rm lumayan setiap hari lawati bit.ly/2A86ypP





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

8 ulasan:

  1. ATOK Ah Pok tak begitu nampak buat u-turn. Yang nampak ialah atuk dipasang penyenyap.

    Lojiknya ATOK yang berpegang pada prinsip (minus konsistensi) tak mudah buat u-turn.

    Namun, bila di pasang penyenyap, itu yang nampak macam buat u-turn. Cumanya apa jenis penyenyap yang dipasang?

    **jaminan lanjutan MEN teri fulus dari 2 jadi 5 tauhn? Alamatnya bankrup tinggal scrap der!!!

    BalasPadam
  2. Kredit harus diberi kat mana yang perlu. Dalam konteks ini tabik spring buat Yb bilamana mahafoeman bertukar jadi mahabuddyman dari titik peluh Yb jua.

    BalasPadam
  3. Hari Ini Dalam Sejarah.

    Era reforbashing -- era berlenjun air lada

    Era baju kuning -- era biaDap lanyak foto

    Era baju merah -- era 'lembu punya susu, lembu claims nama'

    Era baju putih -- era 'lembu punya susu, sapi claims nama'.

    BalasPadam
  4. Haha akhirnya LKS terpaksa juga mengalah dgn madey. Lks ingat madey tu siapa, madey nak dgr cakap lks? Haha lks tak sangka langsung akan jadi mcm ni. Ingatkan nak guna madey setakat alat utk skrew melayu, rupa2nya lks yg kena skrew dgn madey skrg. Boleh tahan juga dah 94 tahun pun boleh kencing lks. Madey betul2 ikut game yg lks nak dia main. Mula2 tangkap dan tuduh kepala2 umno, madey pun ikut je. Tapi di blkg tabir madey gunakan itu sbg alat utk mengugut mp umno yg ada file, mmg hampir semuanya ada file pun haha, klu nak selamat masuk bersatu.

    Lks tau madey bercadang nak hapuskan dosa2 org umno yg sudah bertaubat ni once diorg masuk bersatu haha. Apa lagi gula2 yg madey gunakan yg paling ampuh kan selain drp file hitam diorg. Tapi lepas diorg masuk bersatu secara pukal nanti, status lks sudah jadi mcm paria je di mata madey. Kau siapa nak letak syarat kat aku haa? Madey akan maafkan puak2 ni atas alasan sudah bertaubat, mcm dia jugak dulu, dan kalau lks banyak cakap, guan eng yg akan masuk dalam haha.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Precadence telah dibuat: Dose-dose beso waima se beso dose2 jerung 22 tahun pun masih boleh di cuci oleh PH and Co dan syarikat dobi Thomas Dhoby Ltd.

      Makanya mana2 board of directors PH and Co otomatik jadi munefeed kalau enggan mencuci dan mendobi mana-mana dose yang berstatus bilis.

      Depa dalam dilemma tapi dilemma itu sendiri yang cipta. Kini hiduplah dengannya. Hanya boleh ucap selamat maju jaya sambil ROTFL.

      Padam
  5. lepas ni kot-kot najib pun masuk bersatu.....hahahahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. ada kemungkinan. kalau yang lain tu dah buntu nak pulihkan ekonomi, last2 kena panggil najib jugak

      Padam
    2. Lebih tidak hairan kalau doser-doser Jo Lok akan di cuci putih bersih oleh PH & Co dan Thomas Dhoby agar kepakaran dimiliki Jo Lok dapat di gunakan untuk berdepan gelombang perang dagang 2.0.

      Padam