Header Ads

ads header

Flash News

'Khianat' jika Rahim diterima masuk Bersatu


Mungkin ada di antara kita telah lupa akan penderitaan yang ditanggung Puan Pendek binti Ahmad yang mengetahui cucu perempuannya, Noryati binti Mohamad Yusop yang ketika itu berumur 14 tahun dirogol.

Mungkin juga tak ramai yang ingat pemenjaraan Menteri Kewangan Lim Guan Eng ketika beliau masih seorang wakil rakyat pembangkang pada tahun 1998.

Beliau yang membela penderitaan Noryati dan Puan Pendek pula dihumban ke penjara.

Tetapi keluarga Lim dan keluarga Noryati binti Mohamad Yusop ingat. Rakyat yang prihatin juga ingat. Semua mereka yang berjuang sejak awal masih ingat.

Rahim Thamby Chik tidak pernah muncul apabila Dr Mahathir Mohamad membuat keputusan untuk berganding dengan Anwar Ibrahim dalam menyelamatkan negara menentang Umno dan BN.

Salah seorang 'Trio Datuk'

Perjuangan dan pengorbanan telah menghasilkan kemenangan rakyat — dan si Rahim Thamby Chik tidak ada sebarang titik peluh keringat langsung yang menyumbangkan ke arah perjuangan ini.

Malah, si politikus inilah yang merupakan salah seorang dari 'Trio Datuk' telah menyerang Anwar Ibrahim dengan telatah politik fitnah, menayangkan video lucah yang beliau dakwa merakamkan aksi seorang lelaki mirip Anwar Ibrahim mengadakan hubungan seks dengan pelacur.

Permohonan Rahim Thamby Chik untuk memasuki Bersatu, adalah hak beliau sendiri. Tetapi terima atau tidak adalah hak pimpinan parti Bersatu.

Bersatu adalah parti yang kami hormati sebagai rakan seperjuangan, yang telah berganding bahu, berputih tulang bersama dengan Amanah dan PKR, membebaskan negara kita dari cengkaman Umno.

Kita mempunyai setiakawan dan persahabatan yang telah teruji dan tetap kukuh.

Penerimaan Rahim Thamby Chik akan dibaca dan ditafsir oleh rakyat sebagai suatu pengkhianatan kepada setiakawan dan persahabatan yang telah kita jalin sepanjang perjuangan. Harap maklum.

HOWARD LEE CHUAN HOW
Ketua Pemuda DAP
dan Timbalan Ketua Pemuda PH
serta merangkap exco pembangunan belia dan sukan Perak.


MR :  Nanti selepas ini agenda tikam menikam daripada belakang pula


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 MENCARI SESIAPA yang berminat niaga di shopee peluang raih pendapatan rm lumayan setiap hari lawati bit.ly/2A86ypP
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

2 ulasan:

  1. Rata2 amarda bunga kemboja belum gugur tali pusat pada waktu itu. Tu yang senyap semacam.

    BalasPadam
  2. Koi suke Rahim masuk bersatu...bukan takat Rahim je bior semua hok bermasalah masuk bersatu / pkr / pan / dap....hehehehe

    Bior tinggal dalam UMNO hok nak Islam & bangunkan Malaysia ni
    Senang mudah kira berunding PAS (Gegasan Sejahtera) & UMNO

    BalasPadam