Header Ads

ads header

Flash News

Bolehkah Salleh, Pandikar dimaafkan jika sertai PH? soal Kit Siang


KUALA LUMPUR, 14 Dis — Lim Kit Siang mempersoalkan sama ada bekas pemimpin Umno Sabah Datuk Seri Salleh Said Keruak dan Tan Sri Pandikar Amin Mulia boleh dimaafkan jika menyertai Pakatan Harapan.

Pemimpin veteran DAP itu berkata, bekas menteri kabinet dan bekas speaker Dewan Rakyat itu sebelum ini menyokong bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak berkaitan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Adakah Salleh dan Pandikar boleh dimaafkan kerana sokong Najib dan skandal 1MDB, dan lebih serius, Malaysia sebagai kleptokrasi global, hanya bersama kumpulan yang berhijrah dari Umno.

“Dan kemudian menyertai salah satu parti Pakatan Harapan,” soal Lim dalam satu kenyataan.

Salleh dan Pandikar menyokong Najib pada 2015 ketika pemecatan timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan peguam negara Tan Sri Gani Patail.

Ia termasuk dakwaan menghentikan siasatan polis, pihak berkuasa anti-rasuah, Bank Negara dan Jawatankuasa Kira-kira Awam Parlimen (PAC) berkaitan skandal dana negara itu, kata wakil rakyat Iskandar Puteri.


MR :  Habis boleh ke memaafkan Mahathir 22 tahun tipu rakyat?


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Sistem Mudah Untuk Anda Menjana Pendapatan Online Secara Sambilan
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 MENCARI SESIAPA yang berminat niaga di shopee peluang raih pendapatan rm lumayan setiap hari lawati bit.ly/2A86ypP





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

2 ulasan:

  1. Orang juga bertanya kenapa LKS terima AI iaitu mantan de fakto PKR walhal AI adalah penyokong PM-4 dan di bawah PM-4 berlaku pendedahan skandal Forex BNM berjumlah berbilion dan figura utama yang mendedahkan skandal berkenaan adalah LKS jua.

    **Aha, betul ker Melayu saja mudah lupa?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahahahaaaa.....PH kena jawab ni

      Padam