Header Ads

ads header

Flash News

Tolong Jangan Memperbodohkan Rakyat! – Cynthia Gabriel


“Ini sedikit sebanyak satu lawak jenaka…” demikian komen Pengarah Center to Combat Corruption and Cronyism (C4), Cynthia Gabriel. Komentar dibuat beliau melalui laman sosial twitter berkenaan isu Portal Perisytiharan Harta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang hanya sekadar memaparkan pendapatan bulanan menteri-menteri kabinet dan bukan maklumat terperinci pendapatan, saham dan lain-lain harta milik mereka.

Menurut Cynthia lagi, deklarasi aset sepatutnya bukan hanya sekadar pendapatan dan bukan hanya sekadar memaparkan perolehan pendapatan dalam tempoh dua ke tiga bulan. Ia seharusnya memaparkan keseluruhan pengisytiharan saham, harta benda, akaun bank dan lain-lain milik semua menteri kabinet dan anggota pentadbiran mereka.


Beliau yang pernah diberikan Democracy Award oleh National Endowment For Democracy pada 2017, turut menempelak tindakan pihak berkenaan yang dilihat cuba memperbodoh-bodohkan rakyat.

“Tolong jangan memperbodohkan rakyat! Kami mengundi masuk rejim yang baru untuk sesuatu yang lebih!”

Isu deklarasi aset para menteri kabinet mendapat perhatian umum baru-baru ini disebabkan oleh laman Portal Perisytiharan Harta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) cuma sekadar memaparkan pendapatan bulanan para menteri dan anggota pentadbiran kerajaan. Senarai aset, saham dan harta lain tidak dipaparkan. Semakan ke atas laman tersebut sehingga hari ini (14 November 2018) masih belum menunjukkan perubahan kepada paparan tersebut dibuat.

Sumber: https://www.menara.my/


MR :  Memang rakyat dah diperbodoh


Iklan Teks (hanya RM20 sebulan):
 Sistem Mudah Untuk Anda Menjana Pendapatan Online Secara Sambilan
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 BERMINAT MENCARI pendapatan tambahan dan ingin menggunakan simkad terbaru?Boleh layari onlinekerjaya.com/9867 untuk maklumat lanjut

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

2 ulasan:

  1. Orang bodoh sahaja yang suka dikencing hancing berulang kali oleh pakatan munafik liberal-kafir harbi yang telah menipu rakyat dengan pelbagai janji palsu.

    BalasPadam
  2. .
    So dalam peristiharan ini, siapa yang dilihat memperbodohkan:

    SPRM

    Atau

    Nama2 dalam senarai peristiharan pendapatan (bukan harta)

    Kalau ianya 100% ider SPRM, bolehlah dikatakan

    Senarai itu sekadar melepaskan batuk di tangga.

    BalasPadam