Header Ads

ads header

Flash News

Skim Insurans B40: LGE Bohong Dewan Rakyat?


1. Kerajaan PH umumkan akan wujud Skim Insurans B40 di mana Syarikat Great Eastern Life Insurance Malaysia akan menyumbang RM2 bilion caruman sebagai dana permulaan.

2. Skim insurans itu pun sekadar memberi perlindungan RM8 ribu untuk rawatan empat penyakit kritikal. 8k memang tidak cukup dan belum jelas apa akan berlaku selepas habis RM2 bilion itu. Tapi tak apa itu cerita lain hari..

3. Cerita utama: Great Eastern Life Insurance Malaysia ini adalah milik bank Singapura OCBC.

4. Tahun 2009, Kerajaan BN memutuskan syarikat insurans di Malaysia tidak boleh dimiliki 100% syarikat asing - maksimum dihadkan kepada 70%.

5. Tahun lepas, BNM beri amaran terakhir kepada syarikat insuran asing yang masih belum mematuhi peraturan ini.

6. Dalam pembentangan Belanjawan 2019, LGE ucap terima kasih kepada Great Eastern atas sumbangan RM 2 bilion itu seolah-olah sudah muktamad dan satu jasa baik dari syarikat itu. (Lihat lampiran)

7. Tetapi media Singapura Isnin lalu lapor kenyataan syarikat Great Eastern bahawa ia belum setuju buat sumbangan. (Lampiran)

8. Mana satu betul? Adakah LGE telah berbohong di dalam Dewan Rakyat dan di depan jutaan rakyat?

9. Mungkin ramai tanya kenapa Great Eastern sanggup menyumbang? CSR ka? Laporan media sama mendedahkan, rupa-rupanya syarikat itu sedang berbincang dengan kerajaan PH bagi mendapat pengecualian daripada syarat BNM untuk menjual kepentingan 30% kepada syarikat tempatan.

10. Secara jelas, Great Eastern memberitahu satu kaedah untuk mendapat pengecualian ialah dengan membuat sumbangan RM2 billion ini. Nampak tak unsur "quid pro quo" di situ?

11. Harap LGE boleh buat penjelasan a) adakah anda berbohong atau mengelirukan Dewan? b) Bajet ini untuk rakyat Malaysia atau untuk syarikat Singapura?

Shahril Sufian Hamdan

FB

MR :  Kencing? biasalah bagi pimpinan PH


Iklan Teks (hanya RM20 sebulan):
 Sistem Mudah Untuk Anda Menjana Pendapatan Online Secara Sambilan
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 BERMINAT MENCARI pendapatan tambahan dan ingin menggunakan simkad terbaru?Boleh layari onlinekerjaya.com/9867 untuk maklumat lanjut

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan:

  1. .
    Bila pentadbiran bermula dengan pembohongan bagi menutupi pembohongan maka lebih banyak stok pembohongan akan di perlukan bagi menampung keperluan pembohongan seterusnya. Akumulasi ini bakal jadi perangkap yang sukar melepaskan diri kecuali ada kesanggupan untuk menyesali dan meminta maaf. Sanggupkah? Hmm

    BalasPadam