Header Ads

ads header

Flash News

PKR dan DAP tak hantar nama untuk rombakan kabinet


Di sebalik spekulasi yang bertiup kencang mengenai rombakan kabinet kerajaan Pakatan Harapan (PH), dua daripada parti komponennya mengesahkan tiada nama akan dihantar untuk cadangan pertukaran tersebut.

Bakal Presiden PKR Anwar Ibrahim berkata soal pertukaran kabinet tidak pernah timbul dalam parti itu.

“Tiada sesiapa dalam PKR menimbulkan tentang keperluan untuk sebarang perubahan atau cadangan nama baru.

“Jadi, tiada perubahan. Kekal macam sedia kala,” katanya kepada pemberita di Parlimen hari ini.



Semalam, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dalam temu bual bersama akhbar Singapura, The Straits Times, memberitahu bahawa beliau tidak menolak untuk mempertimbangkan jika ada pihak mahu mengemukakan nama calon tertentu ke dalam kabinet.

“[...] Kabinet ini dipengerusikan oleh saya sebagai perdana menteri dan memerlukan orang yang saya selesa.

“Jadi sama ada saya menerima calon-calon daripada mereka, bergantung kepada saya untuk memutuskannya,” katanya yang dipetik akhbar republik itu.

Perkara sama turut disuarakan oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang berkata, bahawa DAP tidak akan mengemukakan sebarang nama kepada perdana menteri.



“Tiada nama yang dihantar oleh DAP untuk rombakan semula,” kata Lim yang juga adalah menteri kewangan.

Terdahulu, presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail mengelak untuk memberikan sebarang komen berkenaan rombakan kabinet.

“Tanya perdana menteri [...],” jawabnya ketika disoal pemberita di parlimen hari ini.

MR :  Parti AMANAH?


Iklan Teks (hanya RM20 sebulan):
 Sistem Mudah Untuk Anda Menjana Pendapatan Online Secara Sambilan
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 BERMINAT MENCARI pendapatan tambahan dan ingin menggunakan simkad terbaru?Boleh layari onlinekerjaya.com/9867 untuk maklumat lanjut

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan