Header Ads

ads header

Flash News

Kenapa Gobind asyik mencari salah TM, walaupun GLC itu milik Kerajaan?


Terkini kita lihat banyak polisi-polisi kerajaan PH yang asyik mencari cara untuk menjatuhkan syarikat GLC yang kebanyakan pekerjanya adalah orang Melayu. Rujuk artikel tentang saham GLC yang jatuh selepas PH berkuasa sini [http://mindarakyat.blogspot.com/2018/11/harga-saham-20-glc-jatuh-sejak-ph.html]. TM salah satu yang terkesan dan TM mempunyai tidak kurang dari 30 ribu pekerja yang majoritinya Melayu. Apa ada pada TM?

  Sebelum 2007 sistem internet negara kita adalah dari streamyx tmnet atau jaring. Ia menggunakan sistem “copper” yang telah lama ada di Malaysia sejak sebelum Telekom di perbadankan.  Sistem ini perlahan dan tidak boleh di naik taraf untuk kelajuan tinggi. Untuk memacu negara kita untuk maju, kerajaan zaman Najib telah berusaha untuk memajukan internet dengan memperkenalkan broadband menggunakan fiber, boleh baca di sini [https://www.malaysianwireless.com/2008/09/press-release-tm-hsbb-public-private/] .

Walaupun ini ada inisiatif kerajaan, is adalah projek kolabirasi antara TM dan kerajaan yang mana TM telah melabur lebih 11 billion ringgit untuk memasang fiber seluruh negara, bermula dengan bandar bandar besar. TM telah menetapkan harga yang berpatutan dan berpadan dengan pelaburan yang di buat. Boleh di ibaratkan kita nak menjual nasi lemak yang modalnya lebih mahal dari harga jual, seperti nasi lemak yang di jual Rm 3.00, modalnya ,mesti kurang dari harga jual contoh RM 1.Jika di jual lebih murah dari harga modal , ia akan rugi.

       Kerajaan PH dengan sikap populisnya menetapkan harga MSAP dan me-war warkan harga jalur lebar akan turun pada hujung tahun ,baca di sini [https://www.thestar.com.my/tech/tech-news/2018/10/08/gobind-on-streamyx/] (harga internet untuk semua , termasuk syarikat lain menyewa talian internet) sejak jun 2018 pada harga yang rendah , yang mana mereka tidak sedar dengan berbuat demikian syarikat yang satu satunya membantu kerajaan untuk mencapai metlamat high speed broadband tertekan kerana tak pulang modal.

Dengan harga yang murah ini, mana mana syarikat boleh menggunakan prasarana TM dengan harga murah tanpa mengeluarkan modal. Sepatutnya kerajaan perlu membayar balik kos yang di bayar TM atau menyuruh syarikat telekom lain untuk membuat pelaburan terutama di bandar bandar  kecil yang belum dapat TM ubah kerana mereka masih menggunakan talian telefon copper.

Tekanan ini juga menyebabkan TM terpaksa menaikkan kelajuan kepada 100MBps -800MBps dengan harga yang murah supaya tidak kehilangan modal. Siapa yang memerlukan speed yang terlalu tinggi ini? Wifi yang biasa di rumah hanya menggunakan kurang 30Mbps.

Hanya server yang di gunakan oleh pejabat atau DTU STB, direct to user STB (Astro dan Unifitv) yang memerlukan kelajuan tinggi. Jika kita lihat artikel terbaru dari SkyTV, satelit broadcaster dari UK yang ada persamaan dengan syarikat pemancar satelit di Malaysia. Skytv mengeluarkan sebuat artikel “Sky signals the end of the satellite dish”[https://www.bbc.com/news/business-42815603]  yang bermaksud Syarikat SkytV memberi isyarat cakera satelit(pemancar)  akan mati. Artikel tersebut juga mengatakan SkyTV telah membuat pemancaran secara “online” menggunakan jalur lebar tetap seperti fiber tetapi masih juga menggunakan satelit untuk kawasan kawasan yang kurng mendapat akses internet.

Apa maksud semua ini? Syarikat Satelit Broadcast luar negara telah berubah kepada pengunaan broadband untuk memancar siaran dan mengurangkan pengunaan satelit. Syarikat Pemancar Satelit Malaysia yang sebelum ini berkiblatkan Skytv sudah tentu akan mengubah strategi yang sama, tetapi bila? Kita lihat apa isu terkini satellite di Malaysia

Kerajaan sudah tidak melabur lagi untuk menambah satelit, mengapa?
Rujuk https://en.m.wikipedia.org/wiki/MEASAT_Satellite_Systems
- measat 1 yg di lancar tahun  1996 - sudah di lupuskan
- Measat 2 lancar 1996 - di lupuskan
- Measat 3 lancar 2006
- Measat 3a lancar 2009
- Measat 3b lancar 2014
- Measat 3c tidak di lancarkan, sepatutnya 2016 - rujuk sini [https://www.thestar.com.my/business/business-news/2017/09/27/measat-satellite-scraps-rm702mil-contract-with-astro/]


   

   Apa ada di sebalik desakan Gobind ini. En Gobind di lihat hampir setiap hari nak mencari salah TM. Boleh google “Gobind Singh and TM”.  Terkini ada berita bekas CEO A”xx”o hendak mengejar jawatan CEO TM.  Saya lihat mungkin ada satu sudut kepentingan  pada syarikat competitor terbesar TM. Jika di lihat perbandingan sistem pemancar satelit  (satu hala sahaja) kurang efektif berbandingan fiber yang lebih pantas dan boleh dua hala. Syarikat tersebut berangan angan memerlukan sistem dua hala, mengapa?

Ia perlu sistem dua hala yang laju untuk support sistem UHD, 4K , 3D dan sistem perjudian interaktif.., masih ingat set top box digital yang ada dua sim card? Salah satu sim di adakan untuk perjudian interaktif yang tidak dapat di adakan kerana tidak mendapat kebenaran kerajaan. Dengan kerajaan yang mesra dan liberal sekarang adakah judi interaktif akan di benarkan?

  Setiap satellite boleh beroperasi selama 10 -12 tahun bergantung dengan kapasiti minyaknya. Kalau banyak bergerak , minyak akan kurang dan akan kurang jangka hayatnya. Jika kita lihat jangka hayat satelit yang sedia ada hanya kurang lapan tahun.. Jika telahan ini benar syarikat tersebut akan ubah sistemnya dari satelit system kepada ethernet based, gunakan wayar ke box unifi.

      Di Malaysia ada beberapa operator, competitor terdekat yang mempunyai lesen Agung (semua telekomunikasi ada lesen termasuk satelit, TM tak ada lesen satelit). Kenapa beban menyelesaikan isu streamyx tertakluk pada TM sahaja , kenapa beban yang sama tidak di bahagikan kepada syarikat telekomunikasi lain ? Apakah ia satu sikap yang adil?

  Gobind , di sebalik beliau ada tangan tangan  di sebalik syarikat Pemancar broadcast terbesar di Malaysia untuk menyediakan prasarana untuk menggantikan pemancar Satelit dengan internet broadband . Dengan penyedian prasara untuk Syarikat tersebut mendapat harga internet yang murah supaya mereka dapat keuntungan yang tinggi. Gobind  perlu membantu agenda perubahan ini dengan menekan TM supaya harga murah dan tekan TM supaya menukar sistem stremyx ke unifi. Dengan ini mereka akan dapat kekalkan pelanggan seluruh negara. Silap silap, dengan harga share TM yang murah akan memudahkan syarikat tersebut  untuk mengambil alih TM untuk merealisasikan agenda mereka.

       Di harap informasi ini akan dapat menyedarkan pihak lain supaya agenda jahat ini tak berlaku dan dapat di benteras.  Jangan memusuhi TM, mereka dah bertungkus lumus, menyediakan prasarana untuk kegunaan rakyat dan berkorban untuk memudahkan semua pelanggan. Amat mudah untuk mencari salah pada satu Syarikat, sepatutnya syarikat lain mempunyai tanggungjawab yang sama. Takut takut agenda menjatuhkan TM berjaya, dan akan ada satu Syarikat akan monopoli telekomunikasi di Malaysia, dan bila ia berlaku Kerajaan dan rakyat akan  kehilangan asset yang besar . Syarikat yang mengambil alih TM ini  akan berkuasa menentukan harga tanpa ada yang boleh memberi alternatif. Semoga Allah membantu TM.

AA




MR :  Adakah sekali lagi harta awam akan tergandai yang pernah dibuat oleh Mahathir sebelum ini?


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Sistem Mudah Untuk Anda Menjana Pendapatan Online Secara Sambilan
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 BERMINAT MENCARI pendapatan tambahan dan ingin menggunakan simkad terbaru?Boleh layari onlinekerjaya.com/9867 untuk maklumat lanjut





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

15 ulasan:

  1. Pemimpin-pemimpin kafir harbi adalah puak rasis yang amat bencikan Islam dan umat Islam dan apa sahaja yang berlabel Islam dan Melayu.

    BalasPadam
  2. Disebabkan segolongan Melayu BODOH ygb mengokong DAP@PH negaraku MALAYsia akan tergadai kat tangan DAP. Diharap segolongan MELAYU BODOH ni cepat sedar sebelum terlambat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Buang monopoly TM

      Samada TM dapat hidup atau mati, tu terpulang kepada kemampuan mereka

      Tak usah nak bersembunyi di sebalik kaum atau Agama

      Padam
    2. Buang monopoli cina dalam perniagaan? Kamu Azan Juma ada beranikah?

      Padam
  3. Selepas LLN/TNB jadi perkakas pintasan menuju belionwan, kini giliran newbies menggunakan 'kreativiti' untuk mengujudkan jalan pintasan BARU buat bakal belionwan milenia (aka: kroniwan alaf baru).

    BalasPadam
  4. Ini posting unsur politik peribadi dan cuba mengelirukan rakyat.. aku staf leasing tm mmg padan pun mnteri buat mcm tu..sbb apa,sbb korang yg top management mcm sial duduk knyang mkn duit besar..org bawah x dpt apa2... klau nk bela, bla dulu nsib kmi yg leasing ini...staf sndri pun x nk bela puihhh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Staff leasing bukan pekerja under TM, kamu tu staff luar gaji kamu pun dibayar oleh company kamu, kamu diberikan amanat oleh company kamu untuk bekerja membantu di TM. Selagi TM memerlukan kamu, selagi tu la kamu bekerja untuk TM. Macam ni ke perangai kamu yang nak TM serap kamu masuk ke TM.. mimpi boleh la..

      Padam
    2. Dah berapa lama leasing? Kalau rasa TM ni puihhh kenapa masih kerja sebagai staff leasing? Kenapa tak cari kerja lain?

      Padam
  5. Black out di kambinghitamkan, lahirlah IPP jadi cahaya penerang seantero negeri

    TM dituding dari atas, kiri dan kanan, gentian kaca bakal masuk ke dalam monopoly board games?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Manalah tumpah kuah kalau tidak pada nasi.

      Padam
  6. Pekerja ramai tapi yang buat kerja subcon..complaint lambat action..bila report mcmc dah mengelabah....🤣🤣🤣

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pembohongan: Konon 'Pekerja ramai tapi yang buat kerja subcon..complaint lambat action..bila report mcmc dah mengelabah'.

      Fakta: Setiap kakitangan TM mempunyai tugas masing-masing. Kontrak TM untuk membantu kontraktor-kontraktor yang layak iaitu social obligation! Kita pernah complain pada TM melalui telefon atau kaunter, dan kita dapati TM mengambil tindakan segera.

      Mengapa kamu tak complain tentang YTL yang bertanggung jawab ke atas perkhidmatan ICT yang tidak berkesan dan tidak cekap untuk sekolah-sekolah di negara kita dan menyusahkan guru-guru???

      Bukankah YTL Corporation Bhd dan anak syarikatnya diberikan monopoli lumayan ke atas siri projek ICT milik Kementerian Pendidikan ???

      Kamu double standard?

      Padam
  7. TM asik mengelak isu utama iaitu HARGA.

    Streamyx - Speed slow tp harga mahal.
    Unifi - Harga berbeza-beza utk speed yg sama. TIME boleh je selaraskan harga bila keluar harga baru.

    BalasPadam
  8. Sebelum PRU14, banyak duit2 project untuk infra2 TM telah dicuri - so jangan salahkan orang awam bising mengenai kualiti perkhidmatan TM,fikir kan.

    BalasPadam
  9. Adakah anda mencari pinjaman perniagaan? Pinjaman peribadi, pinjaman rumah, pinjaman kereta, pinjaman pelajar, pinjaman penyatuan hutang, pinjaman tidak bercagar, modal teroka, dan lain -lain .. atau adakah anda telah ditolak pinjaman oleh bank atau institusi kewangan atas sebab apa pun. Kami adalah peminjam swasta, memberi pinjaman kepada perniagaan dan individu pada kadar faedah yang rendah dan berpatutan sebanyak 2% kadar faedah. Sekiranya berminat? Hubungi kami hari ini di (jenniferjohn671@gmail.com) dan dapatkan pinjaman anda hari ini
    Salam,
    Pasukan Pelaburan Jennifer John

    BalasPadam