Header Ads

ads header

Flash News

Haniza Talha ketua wanita PKR baru, Dr Daroyah timbalan


SHAH ALAM, 16 Nov — Haniza Mohamed Talha diumum Ketua Wanita PKR bagi sesi 2018-2021 selepas menewaskan pencabarnya, Fuziah Salleh.

Kemenangan Haniza yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Lembah Jaya itu diumum Setiausaha Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP), Ismail Yusop pada Kongres Nasional Wanita PKR 2018 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) di sini, hari ini.

Sementara itu, Adun Sementa, Dr Daroyah Alwi diumum sebagai Timbalan Ketua Wanita, manakala Faizah Ariffin, Sangeetha Jayakumar dan Wasanthee Sinnasamy sebagai Naib Ketua Wanita.

Kongres bertemakan ‘Wanita Muafakat Terus Mara’ yang bermula hari ini disertai seramai lebih 1,000 perwakilan termasuk pemerhati daripada cabang seluruh negara.

Turut diumum 20 anggota Majlis Pimpinan Tertinggi Wanita iaitu Catherine Jok Uvang, Ginie Lim Siew Lin, Hasmoni Tamby, Juwairiya Zulkifli, Kavitha Chandragesen, Loo Voon May, Mahani Abdul Moin, Manja Maydin, Meera Deevarajoo, Monaliza Mokhtar, Napsiah Khamis, Nor Ashidah Ibrahim, Nurainie Haziqah Shafi’i, Nursiah Ismail, Nurul Hajar Mardhiah, Raiyan Abdul Rahim, Sarimah Lisut, Shoba Selvarajoo, Thilagavanthy Selvanathan dan Zulhaidah Suboh.

Sementara itu, dalam sidang media, Haniza berkata beliau akan memanggil semua anggota Majlis Pimpinan Tertinggi Wanita yang baharu dilantik itu untuk berbincang tentang pelan tindakan seterusnya sayap parti itu.

“Dalam majlis kepimpinan baharu ini, ramai juga menampilkan muka-muka baharu merentasi negeri sehingga ke Sabah selain wakil rakyat serta exco kerajaan negeri. Saya meletakkan harapan yang tinggi pada ‘pasukan’ ini dengan adanya muka baharu yang pastinya akan bawa idea-idea baharu.

“Saya juga akan bertemu semua ketua-ketua cabang wanita baharu untuk pemilihan calon Ketua Wanita Negeri dan melaksanakan ‘retreat’ untuk merangka pelan jangka panjang,” katanya. — Bernama
Iklan Teks (hanya RM20 sebulan):
 Sistem Mudah Untuk Anda Menjana Pendapatan Online Secara Sambilan
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 BERMINAT MENCARI pendapatan tambahan dan ingin menggunakan simkad terbaru?Boleh layari onlinekerjaya.com/9867 untuk maklumat lanjut

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan