Header Ads

ads header

Flash News

UMNO Yang Banyak Akal



Kini satu dimensi lagi terbentuk, kerjasama antara PAS-UMNO. Ini berikutan persefahaman antara PAS dan UMNO dalam PRK Sungai Kandis dan Seri Setia baru-baru ini. Ini merentet hingga kesudian Presiden UMNO, Zahid Hamidi dan beberapa orang pemimpin UMNO hadir dalam Muktamar PAS yang ke-64. Pelbagai spekulasi ke udara di media sosial. Kononnya pakatan baharu akan terbentuk antara UMNO,PAS,PKR dan beberapa parti lain.

Tak sampai 48 jam kemudian, landskap politik bergoncang dek pengisytiharan Dato’ Seri Mustapha Mohamed disusuli Dato’ Seri Hanifah Aman meninggalkan UMNO. Dikatakan juga ada 15 lagi ahli Parlimen UMNO yang akan mengikut jejak langkah mereka. Jika itu benar-benar berlaku, apakah akan berlaku kepada usaha menyatupadukan ummah antara PAS dan UMNO ? Mungkinkah akan layu sebelum berkembang?

Pemimpin UMNO banyak akalnya bila tersepit. Kalau PH boleh kencing atas kepala rakyat mudah-mudah, begitulah juga pemimpin UMNO. Mereka laungkan kepada rakyat konon berjuang membela bangsa, tetapi rakan rapat projek adalah taikun yang menyembelih bangsanya. Mereka mendabik sebagai parti yang berjuang untuk agama, tetapi merekalah 60 tahun memenjarakan hukum syariah dalam kitabnya.

Tak terfikir Tok Pa yang 40 tahun berjuang dan memimpin UMNO rela meninggalkan parti yang dia anggap keramat bangsa itu. Pemimpin yang selama ini berdegar-degar mempertahankan UMNO, dalam sekelip mata menyembam di tasik madu. Alasan dan justifikasi hanyalah menambah loya di dada. Jijik dan memualkan. Sirna  perhitungan nasib ummah dan agama.

Mereka sanggup bersiput babi dengan antagonis mereka selama ini, DAP. Yang dipentingkan ialah tong dedak setelah 4 bulan makin kekeringan. Yang hendak diselamatkan ialah batang tubuh dari tersimpan di sebalik jeriji besi atas salah laku rasuah, penyelewengan dan skandal peribadi. Rakyat? Di mana kedudukan rakyat, khususnya ahli-ahli UMNO yang berjuang dan mengangkat kalian selama ini?

Justeru, bagaimana roadmap penyatuan ummah sekarang? Masih bersisakah kemuliaan dalam saki-baki kepimpinan UMNO? Apakah sekali lagi DS Anwar Ibrahim disengat oleh Tun Mahathir dalam satu lubang? Lalu menagih simpati Rusila agar memaafkan kekhilafannya lagi. Demi membentuk satu lagi dimensi baru yang tiada kesudahannya?

Hendaknya PAS tidak berputus asa untuk mengembalikan keperkasaan politik ummah. Cabaran semakin kompleks. Namun semangat juang tidak wajar luntur demi mencari redha Ilahi. PAS mesti menjuarai penyatuan ummah dengan penuh keterampilan secara holistik. Manakala para jundullah wajib terus menjiwai dan bekerja selari dengan bait dan lirik lagu perjuangan: Bergeraklah ke gerbang jasa,Kalah menang bukan alasannya, Sucikanlah niat dihati, Hingga nyata benarnya janji Rabbi.

*#NekadBersamaIslam*
*#PRU15UntukPAS*

BayangDiAir,
20 SEPT 2018
............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

3 ulasan:

  1. Mereka yang meninggalkan perjuangan Islam tidak akan membawa mudharat kepada sesiapa kexuali diri sendiri. Ingatlah kekayaan itu hanyalah sementara.

    BalasPadam
  2. Kita meragui perjuangan sebenar UMNO kerana di waktu sebilangan pemimpin UMNO mahu berkerjasama dengan parti Islam, sebilangan lagi pemimpin UMNO menunjukkan sikap negatif terhadap usaha kerjasama ini. Bahkan segelintir dari mereka lebih berminat untuk menyertai pakatan.

    Oleh sebab itu pemimpin-pemimpin PAS perlu berhati-hati dalam kerjasama dengan UMNO bimbang pisang berbuah dua kali. Bahkan sebelum ini pun, pemimpin-pemimpin yang dipecat atau keluar dari UMNO seperti Maha Fir aun dari Kerala telah menggunakan PAS sebagai batu loncatan.

    Apabila mereka berjaya dalam politik, mereka mula melupakan PAS bahkan mereka telah memusuhi , menfitnah dan memburuk-burukkan PAS.

    Ibarat melepaskan anjing kurap yang tersepit.

    BalasPadam
  3. Melayu ni kebanyakan spesis tukang bawa beg Enggris dulu. Oleh kerana terlalu banyak sangat yang nak jadi tukang bawa beg dia, tapi kerja tak mau, maka Inggris pun lari, tapi kita sebut Merdeka. Kata berjasa, askar Inggris juga banyak mati pertahan Tanah Melayu. Getah yang dia toreh pun Inggris bawa masuk. Besar jasa penjajah

    BalasPadam