Header Ads

ads header

Flash News

Larangan jualan tiga produk jus


KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan mengarahkan jualan produk Jus Al Sunnah, Jus Al Sunnah Gold dan Jus Penawar keluaran syarikat Sri Saga Marketing S/B dihentikan serta-merta kerana boleh membahayakan kesihatan pengguna.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah (gambar) berkata pemantauan Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan mendapati syarikat itu sebenarnya tidak wujud dan hasil analisis mengesahkan ada antara produk berkenaan mengandungi dexamethasone dan prednisolone iaitu bahan steroid yang dilarang di bawah Akta Makanan 1983.

“Semua peniaga termasuk peniaga dalam talian yang masih mempunyai stok produk tersebut diarahkan untuk menghentikan serta-merta jualannya dan menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah terdekat untuk tujuan penyitaan,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Jelasnya, dexamethasone dan prednisolone adalah steroid poten yang digunakan untuk rawatan masalah pembengkakan dan radang yang serius.

“Penggunaan kedua-dua bahan itu secara berpanjangan tanpa pengawasan ahli profesional kesihatan boleh mengakibatkan kesan sampingan serius yang boleh membahayakan kesihatan seperti kelemahan otot, kerapuhan tulang, peningkatan gula dalam darah, tekanan darah tinggi, katarak, peningkatan risiko jangkitan dan sindrom cushing,” katanya.

Pesakit yang menghidap kencing manis adalah berisiko tinggi kerana ia boleh menyebabkan paras gula dalam darah tidak terkawal dan seterusnya boleh mengakibatkan komplikasi serius.- Bernama
............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

1 ulasan:

  1. Mana2 PARTI layak di'beli' kalau manifesto yang ditawarkan adalah benar2 membawa kebaikan di dunia dan diakhirat. Berbaloi.

    Namun dek kekurangan dan kenaifan, PARTI yang dipilih adalah yang bertopengkan kebaikan saja walhal di belakngnya penuh kebobrokan dan kejelikan. Tipah tertipu.

    Begitu juga dengan produk berlabel SUNAH, ia untuk dikuti kerana ia membawa kebaikan semasa di dunia dan juga di SANA. Berbaloi.

    Namun ada juga yang menjadikan SUNAH sebagai topeng sahaja walhal jajaannya membawa kepada bukan saja keburukan di dunia dan mungkin jua di SANA nanti. Tipah tertipu lagi!

    BalasPadam