Header Ads

ads header

Flash News

Kelantan, Pusat sekata isu tanah Orang Asli


Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri Kelantan telah bersetuju mengenai pendekatan untuk menyelesaikan isu tuntutan tanah oleh Orang Asli di Gua Musang berdasarkan keputusan yang dibuat di mahkamah, kata Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar R Sivarasa.

"Secara dasarnya, kedua-dua pihak telah bersetuju pendekatan berdasarkan kepada prinsip-prinsip yang telah diputuskan di mahkamah.

"Dalam dua kes yang baru di Pos Belatim dan Pos Balar, kedua-dua pihak telah masuk dalam peringkat persetujuan. Kita akan gunakan garis panduan dalam kes itu untuk bantu kita selesaikan isu ini," katanya.

Menurut Sivarasa, masyarakat Orang Asli akan menggunakan prinsip dalam kes-kes berkenaan untuk mengemukakan kawasan yang memerlukan perlindungan.

"Melalui Jakoa (Jabatan Kemajuan Orang Asli) dan kementerian kita akan bentang kepada kerajaan negeri dan kita akan rujuk," katanya.

Beliau berkata demikian selepas membuat kunjungan hormat ke pejabat Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah di pejabatnya di Kota Bharu, hari ini.

Terdahulu, isu tanah Orang Asli melibatkan kawasan Gua Musang sentiasa menjadi kontroversi antara kerajaan negeri dan sebahagian penduduk suku Temiar khususnya melibatkan bantahan terhadap aktiviti pembalakan.

Antara yang lantang bersuara ialah aktivis Jaringan Kampung Orang Asli Kelantan (JARINGAN) yang bertindak membuat sekatan di laluan pembalakan berhampiran kawasan penempatan mereka.



Sehubungan itu, kerajaan persekutuan sebelum ini menyatakan komitmen untuk mencari penyelesaian dalam isu-isu melibatkan pertikaian antara Orang Asli dan kerajaan negeri.

1,500 hektar tanah diwartakan
Sementara itu, Mohd Amar berkata, setakat ini sebanyak 1,500 hektar tanah telah diwartakan sebagai tanah rizab Orang Asli membabitkan tujuh perkampungan di hulu Kelantan itu.

Katanya, JAKOA yang mengendalikan proses itu diminta turun ke lapangan lebih menyeluruh dan mengadakan pertemuan dengan masyarakat Orang Asli bagi menerangkan kepada mereka usaha yang dilakukan oleh kerajaan negeri serta mengelak timbul salah faham.

"Cuma ingin saya sebut sekali lagi, di Kelantan ini kita tidak mengiktiraf tanah adat. Sebab tanah adat ini hanya di Sabah dan Sarawak.

"Tetapi kita iktiraf kawasan penempatan Orang Asli dan kawasan bercucuk tanam, kita tidak ganggu kawasan itu.

"Sebelum ini, Orang Asli mendakwa JAKOA tidak berbincang dulu dengan mereka sebelum kenal pasti kawasan untuk diwartakan," jelasnya.
............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

2 ulasan:

  1. Representasi palsu akan menghasilkan keputusan yang palsu. Sebagai contoh, dalam isu terpenjaranya ABI, ada Pak Menteri yang kata tuduhan palsu ke atas ABI berakhir dengan keterpenjaraan yang palsu. Dalam kata lain, ada masanya keputusan Hakeem di terima seadanya dan pada lain masa ianya di tolak setiadanya. Sikap berbolak-balik ini bakal jadi contoh negatif dan kalau jadi ikutan bakal merosakkan dan menganggu jalan2 menuju kemuncak keadilan.

    BalasPadam
  2. Tindakan orang asli bertindak membuat sekatan di laluan pembalakan di Kelantan membuktikan orang asli tidak menghormati undang-undang dan peraturan negeri dan negara ysng telah mengiktiraf kerajaan negeri sebagai pentadbir hutan yang terdapat dalam negeri.

    Kita percaya media massa dan NGO liberal-kafir harbi dan pendakwah kafir harbi telah menghasut orang asli untuk bertindak memburuk-burukkan imej kerajaan PAS Kelantan sejak sebelum PRU14 lagi.

    Sebanyak 1,500 hektar tanah telah diwartakan sebagai tanah rizab Orang Asli membabitkan tujuh perkampungan di hulu Kelantan itu. Sudah diberikan betis, nak paha pula?

    Apa lagi orang asli mahu sedangkan sebilangan orang Melayu sendiri sendiri tidak memiliki tanah di negara ini? Bahkan tanah rizab Melayu pun telah disamun oleh perompak dan penyamun @ ahli politik sekular-liberal-kafir harbi yang tidak berhati perut !

    Persoalan yang timbul ialah mengapa pihak berkuasa persekutuan membiarkan orang asli bertindak sesuka hati mereka seolah-olah orang asli yang memerintah Kelantan dan seolah-olah pihak beerkuasa persekutuan merestui penubuhan negara baru untuk orang asli dalam negeri Kelantan.

    Adakah pihak berkuasa persekutuan akan membiarkan orang asli melakukan perkara yang sama di negeri-negeri yang diperintah oleh pakatan? Inilah sikap prejudis pihak berkuasa persekutuan ke atas negeri-negeri yang ditadbir oleh PAS.

    BalasPadam