20 Wanita Perkasa MPKK Daerah Dungun
Seramai 20 wanita memberi komitmen
untuk memperkasakan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Daerah
Dungun dalam Kem Jati Diri MPKK Terengganu Sejahtera 2018 di Akademi
Bomba Malaysia Wilayah Timur di Wakaf Tapai, Marang, semalam.
Kebanyakan mereka dilantik sebagai bendahari dan setiausaha mewakili kampung masing- masing.
Seorang peserta, Faridah Mamat, 43,
yang merupakan bendahari MPKK Kampung Rantau Panjang menyifatkan kem itu
banyak mengajarnya asas dan keperluan dalam pengurusan desa.
"Pengisian yang diberi amat baik. Kita
sebagai orang yang dilantik akan menjaga penampilan sebagai mana
disarankan dalam berkhidmat kepada masyarakat.
"Sebagai Muslim, kita kena mempamerkan personaliti Muslim itu dengan baik," katanya.
Sahabat beliau yang merupakan
setiausaha Kampung Rantau Panjang, Nor Zakirah Mohd Zaid, 28, turut
mengakui program yang diadakan membantu beliau mengatasi rasa bimbang.
"Perasaan bimbang warga kampung tidak
dapat menerima pandangan dan pimpinan orang muda seperti saya tetap ada.
Tetapi, pertolongan pengerusi ahli yang lain akan banyak membantu
ketika berkomunikasi dengan penduduk," katanya.
Dalam pada itu, Tengku Anisahuri Tengku
Mahmud, 49, bendahari MPKK Kampung Syukur berkata, penerangan daripada
jabatan berkaitan memberi pendedahan berkaita .antuan yang boleh dipohon
untuk keperluan penduduk.
Beliau turut berterima kasih kerana
program anjuran Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MITS) dan
Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS) itu membuka ruang
dan idea untuk memajukan kampung.
Program itu berlangsung selama tiga hari berakhir hari ini dengan penglibatan 250 peserta.
Sumber : Link
Sumber : Link
MR : Kerajaan baharu Terengganu kini cuba menerapkan unsur jati diri dan 'keakuan serta kesatuan' antara penduduk dengan kepimpinan penduduk bagi menyelesaiakan masalah sosial yang kian meningkat ....
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/






©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
IKLAN BERBAYAR :



Alhamdulillah.. Terbaik..
BalasPadamTeruskan usaha2 menyatupadukan masyarakat dgn konsep2 keislaman.. InsyaAllah akan ada hasilnya..