Header Ads

ads header

Flash News

Lokman Noor Adam calon BN PRK Sungai Kandis


SHAH ALAM: Datuk Lokman Noor Adam diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Kandis.

Pemilihan Lokman diumumkan Timbalan Presiden Umno, Datuk Mohamad Hasan di majlis pengumuman calon di pejabat Umno Kota Raja hari ini.

Bekas pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) di bawah pentadbiran bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak itu akan mencabar calon Pakatan Harapan, Zawawi Ahmad Mughni, yang akan mempertahankan kerusi PKR itu.

Lokman akan bertanding sebagai calon BN walaupun terdapat spekulasi Umno buat pertama kali akan meletakkan calon atas nama Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu, nama Melayu parti itu.

Lokman merupakan bekas ahli PKR dan pernah ditahan 2 kali di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sebelum dipecat parti reformasi itu. Dia menyertai Umno pada 2016.

Beliau kini mengerakkan beberapa tunjuk perasaan anti-kerajaan sejak kekalahan BN pada pilihan raya lepas, mengetuai kumpulan yang dinamakan “Pemantau Malaysia Baru”.

Kerusi Sungai Kandis kosong susulan kematian penyandangnya, Mat Shuhaimi Shafiei awal bulan lalu akibat kanser limfoma.

Pada pilihan raya umum lepas, PKR mempertahankan kerusi itu untuk penggal ketiga dengan 23,998 undi menewaskan calon BN, PAS dan Parti Rakyat Malaysia.

Terdahulu, PH menamakan Zawawi, seorang pengetua Maahad Tahfiz Al Fateh, Jalan Kebun dan setiausaha Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama PKR.

Penamaan calon akan diadakan esok manakala hari pengundian pada 4 Ogos.


MR : PRK ini adalah ujian untuk menentukan samada UMNO boleh terus hidup atau akan terus malap dan terkeluar dalam arus politik tanahair kita....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

6 ulasan:

  1. Hairan la.. igt kan pengetua maahad tahfiz sokong pas, parti islam.. sebaliknya mnyokong ph yg mainkan islam.. siap jd wakil ph lg.. why???

    BalasPadam
    Balasan
    1. APa yg nak dihairankan.. dulu pun ada pengetua tahfiz sokong umno, tak sokong pas...siap kutuk2 pas...

      Padam
    2. At least umno dl takdakla nk sokong lgbt, nk amik org2 kapir jd pguam ngara.
      Yes, umno ada corrupt skit tp ph lg byk mempermainkan agama. Plus rakan2 prti dlm ph yg kapir lg kuat bersuara sumbang mngenai mlyu dan islam.

      Padam
  2. tak sama mazhab kot

    BalasPadam
  3. Diharap pengundi pengundi Pas sg kandis akan mengundi calon umno agar kerajaan pakatan hancing terasa tamparan rakyat atas janji palsu manipufesto mereka ...sendiri berjanji sendiri memungkiri .Jika mereka menang bergaya pakatan hancing akan berleluasa lagi dengan sikap angkuh dan bodoh sombongnya rakyat akan lebih dizalimi.Kerajaan sesuka hati ini perlu ditegur dengan kejatuhan undi atau dikalahkan pada pilihanraya sg kandis.

    BalasPadam