Header Ads

ads header

Flash News

Dapatkah Royalti Kita?


Apabila PM Tun M menyatakan persetujuan untuk mengembalikan semula royalty Terengganu dan Kelantan timbul keraguan dikalangan kita. Terpacak di pemikiran kita,boleh percayakan kata-katan Tun M ?

Pertama, ketika tahun 2000 royalti di rampas,PM ketika itu Tun M.Cumanya angka berubah dulu ke 4 kini ke 7. Orang tetap sama.

Kedua,,Royalti minyak diantara Petronas dan kerajaan Terengganu ada hitam putih iaitu ada perjanjian. Tetapi ketika dirompak,surat perjanjian itu dikoyak rabokkan oleh Tun M. Kini janji royalty sekadar manifesto sahaja. Ingat,bagi TunM manifesto bukan Kitab Suci yang wajib di patuhi. Jika surat perjanjian boleh di koyak oleh TunM apatah lagi janji mulut ketika berjumpa MB dan dalam parlimen.

Ketiga,antara hujah TunM ketika merompak royalty Terengganu tahun 2000,bemiau menyatakan ianya dirompak kerana bimbang  PAS gunakan untuk politik kepartian. Hujah ini boleh lagi digunakan.Masih laku.

Keeempat,ketika royalty dirompak parti pembangkan Terengganu ketika itu adalah UMNO. Kini Tun M bukan lagi ahli UMNO. Tun M adalah ketua PH.Tiada kerusi PH langsung di Terengganu dan Kelantan.Adakah TunM dengan senang hati bagi royalty kepada Kerajaan Terengganu dan Kelantan.?

Jika TunM bagi royalty kepada Kerajaan Negeri bermakna PH tiada harapan lagi untuk menarik hati rakyat  dan tiada harapan PH menapak di kedua negeri ini.Ini kerana rakyat melihat kebaikan yang dilakukan oleh Kerajaan PAS.

PH juga seperti BN. Gunakan wang untuk hidup.TunM bakal gunakan taktik dulu semasa UMNO berkuasa di Pusat. Wang Royalti tidak akan diserah kepada Kerajaan Negeri bahkan bakal di wujudkan semula Jabatan Pembangunan Persekutuan(JPP) untuk duit royalty. Raja Bahrin selaku Timbalan Menteri dan Ketua Amanah Terengganu bakal diberi tugas untuk agihan royalty untuk orang politik buat projek bagi menghasilkan pengaruh PH yang kuat di Terengganu dan Kelantan.

abu dhomdhom
TRG


MR : Royalti adalah hak rakyat yang sepatutnya dikembalikan kepada rakyat untuk kesenangan rakyat. Jangan permainkan rakyat....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

7 ulasan:

  1. Madey skrg nak bagi keuntungan saja, bukan royalti. Profit sharing ni tiada dalam Perjanjian pun. Yg ada dlm Perjanjian ialah Royalti. Di antara Royalti dgn Keuntungan mana yg lebih banyak? Tentulah Royalti lagi banyak sebab ianya tidak melibatkan pembayaran kos. Ianya bulat2 diambil drp hasil sebelum tolak kos. Hasil mudah nampak atau dikira berbanding kos. Kalau Keuntungan itu tidak menguntungkan kerajaan pusat, takkan Madey tiba2 je nak tukar Perjanjian asal Royalti ni yg suruh kerajaan pusat bayar royalti drp hasil. Skrg Sarawak pun sudah skeptical dgn Madey dan minta penjelasan lanjut ttg apa itu profit sharing yg dimaksudkan Madey. Sy tidak jangka Madey akan menipu Tganu dan Kelantan spt dulu, tapi dia akan menipu dan merompak drp keempat2 negeri pengeluar minyak, termasuk Sabah dan Sarawak, melalui kaedah profit sharing. Dah nak mampos pun masih nak jd kaki auta.

    BalasPadam
  2. Siapa sebenarnya yang salahgunakan wang petroleum selama ini tapi nak kenen pada orghe lain. Secara tak langsung kenenan itu buka pekung di dada sendiri. Malu weh!

    BalasPadam
  3. Hanya AnWr boleh berikan keadilan dalam isu ini. Sebelum itu AnWr perlu mendapatkan keadilan untuk dirinya.

    BalasPadam
  4. Nampak gaya mcm anuar tiada peluang jadi pm sebab anwar nampak lebih melayu dari tun m dan anuar lebih cenderung pada islam dan taat pada sultan2 melayu. Dap tak suka pada pemimpin yg kemelayuan keislaman dan taat pada kesultanan.

    BalasPadam
  5. Nmpk pemerintahan PH ni banyak perjanjian/peraturan negara yg mereka mahu langgar

    BalasPadam
  6. Game dah masuk gear dua.. Tunggulah tun masuk gear tiga plk.. Hehe..

    BalasPadam
  7. Pemimpin PH/BN kencing berdiri...
    Macai PH/BN kencing berlari..

    BalasPadam