Header II

Header ADS

BN bijak mulakan langkah di Cameron Highlands


Barisan Nasional nampaknya bijak memulakan langkahnya dalam persediaan menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands yang bakal berlangsung pada 26 Januari ini.

Gabungan itu meletakkan calon dari suku Semai beragama Islam, Ramli Mohd Nor iaitu seorang bekas pegawai tinggi polis untuk berdepan calon Pakatan Harapan (PH).

Ramli juga merupakan bendahari Persatuan Orang Asli Semenajung Malaysia.

Sebelum ini, Malaysiakini memetik sumber melaporkan pemilihan itu dibuat kerana Umno mahu menarik sokongan masyarakat Orang Asli dan pengundi Melayu di Cameron Highlands.

Keputusan ini mungkin dilihat sebagai langkah terdesak BN dengan faktor kaum dan agama calon masih menjadi penentu untuk meraih undi.

Tetapi strategi ini mungkin boleh memberi kelebihan selepas gabungan itu tewas dalam beberapa PRK sebelum ini.



Untuk rekod, Pahang adalah salah satu negeri yang ditadbir pembangkang selepas PRU ke-14 pada 9 Mei lalu.

Cameron Highlands merupakan kerusi tradisional MIC yang dimenangi sejak 2004. Pada PRU ke-14, C Sivarraajh mengalahkan calon DAP Manogaran dengan majoriti tipis 567 undi.

Calon PAS Wan Mahadir Wan Mahmud pula mendapat 3,578 undi.

Pada 30 November lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mendapati Sivarraajh hilang kelayakan sebagai anggota parlimen di kerusi itu setelah berlaku salah laku dalam PRU lalu.

Strategi BN meletakkan Ramli sebagai calon mereka dilihat bertujuan menarik kira-kira 22 peratus daripada 7,500 pengundi Orang Asli di sana.

PAS bantu kempen BN

Bukan itu sahaja, malah, BN juga mendapat sokongan daripada rakan pembangkangnya, PAS untuk membantu kempennya.

Kerjasama itu akan menyaksikan persaingan yang sengit untuk calon-calon lain memandangkan di DUN Jelai, iaitu salah satu daripada dua kawasan DUN di kerusi Cameron Highlands, parti Islam itu meraih kira-kira dua kali ganda undi berbanding PH.



PAS juga memegang tiga daripada 12 daerah mengundi di Jelai iaitu 64 peratus daripada 12,543 pengundi di situ terdiri daripada pengundi Melayu.

PH nampaknya tidak boleh terlalu selesa dengan kemenangan daripada empat PRK yang dimenanginya sebelum ini selepas berada di Putrajaya.

Sementara itu, di pihak PH, calonnya, M Manogaran awal-awal lagi dilihat seperti sudah mencalarkan imejnya apabila mengeluarkan kenyataan kontroversi yang mungkin boleh menyinggung sesetengah pihak.

PH sudah mula turun padang


Pada 9 Januari, Manogaran berkata strategi BN itu tidak akan berkesan kerana "orang Melayu sendiri tidak membeli kuih dari gerai Orang Asli."

Namun mungkin terlalu awal untuk menyifatkan kenyataan Manogaran itu bakal menyukarkan perjalanan PH untuk merampas kerusi tradisional BN tersebut.

Apatah lagi, pemimpin-pemimpin PH lain nampaknya sudah mula "turun padang" sebelum waktu berkempen bermula.



Sejak minggu lalu, menteri-menteri dari PH sudah berada di Cameron Highlands dengan mengadakan program di situ.

Bagaimanapun kehadiran awal PH mendapat kritikan badan pemantau pilihan raya, Bersih apabila parti itu dikatakan menganjurkan program menggunakan jentera kerajaan pusat.

Baru-baru ini, Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail menafikan kunjungan ke tanah tinggi itu bertujuan untuk mengadakan kempen politik.

Beliau mempertahankan lawatan tersebut dengan mengatakan kunjungannya dibuat selaku pengerusi Majlis Keselamatan Negara.

Yasmin Ramlan



MR :  Masa inilah rakyat nak kencing atas muka pimpinan PH yang bercakap berbelit-belit pasal nak bantu rakyat


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 MENCARI SESIAPA yang berminat niaga di shopee peluang raih pendapatan rm lumayan setiap hari lawati bit.ly/2A86ypP
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

4 ulasan:

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.