Header Ads

ads header

Flash News

Tikus ‘Amuk’ Hancurkan Mesin ATM, Wang RM71,000


GEMPAR… Misteri sebuah mesin juruwang automatik (ATM) yang masih ‘sarat’ dengan wang kertas tetapi sistem tidak dapat mengesan sebarang wang dalam mesin tersebut akhirnya terbongkar.

Sebelum itu, pihak juruteknik mengesahkan bahawa tiada kerosakan dikesan pada sistem mesin berkenaan manakala pihak polis tempatan di India juga tidak mendapati sebarang pencerobohan atau kegiatan jenayah.

Bagaimanapun ternyata, ia sebenarnya berpunca daripada perbuatan balas dendam oleh sekumpulan tikus yang mungkin mengamuk apabila haiwan mamalia comel itu gagal ‘curi’ wang tunai disimpan dalam ATM tersebut.


Hal pelik itu pada mulanya disedari oleh seorang pegawai cawangan bank berkenaan selepas beberapa penduduk tempatan membuat aduan bahawa mesin tersebut sebagai rosak dan langsung tidak mengeluarkan wang.

“Pegawai bank datang untuk periksa ATM itu dan mendapati ada bangkai tikus dan wang kertas yang koyak menjadi cebisan kecil,” kata Superintenden Polis Daerah Mugdhajyoti, Dev Mahanta kepada agensi berita asing AFP.

Menurutnya, wang tunai berjumlah lebih 12 lakh rupee (kira-kira RM71,000) dalam mesin berkenaan yang terletak di daerah Tinsukian, Assam itu hancur akibat digigit oleh tikus yang barang kali terdesak mencari makanan.

“Kami sudah periksa dan mendapati tiada penjenayah atau unsur konspirasi dalam insiden kerosakan ATM ini. Kemungkinan tikus berjaya bolos masuk mesin tersebut melalui lubang kecil bagi wayar,” tambah Mahanta.

Gambar tular menerusi media sosial tempatan menunjukkan timbunan wang dalam mesin seolah-olah dicarik-carik dan ia juga kes kedua di dunia selepas berlaku di Astana, Kazakhstan awal tahun ini. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA


MR : Bila emosi tindakan menjadi tidak bijak, sepatutnya tikus tu ambil duit beli keju, entah berapa banyak keju dapat dnegan duit RM71k.... he he pimpinan PH pun ada bersifat macam tikus. Sebelum ini UMNO dah jadi 'tikus tanah'...


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan:

  1. Klasifikasi tikus:

    Tikus ATM, untuk perut sendiri

    Tikus Mdb, untuk perut sendiri & tuannya

    Tikus baiki labu tuannya: punaisihat

    Tikus mainkan kucing: mickey mouse

    Tikus makmal???

    BalasPadam