Header Ads

ads header

Flash News

Syarikat Air Kelantan saman Husam


Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) mengambil tindakan saman terhadap Naib Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Husam Musa berhubung dakwaan wujudnya penyelewengan dalam syarikat itu.

Perkara itu disahkan Pengurus Besar AKSB, Ir Wan Mohd Zamri Wan Ismail dan pihaknya melalui peguam kini sedang menanti tarikh sebutan kes di mahkamah.

"Kita sudah mulakan tindakan melalui peguam dan notis saman juga kita berikan kepada Husam.

"Ya, ia berhubung dakwaan dalam pendedahan beliau sebelum ini (isu kelulusan projek Skim Bekalan Air Merbau Condong Fasa 11, Pakej 1)," katanya ketika dihubungi Malaysiakini, di Kota Bharu, hari ini.

Husam yang juga bekas anggota dewan undangan negeri (ADUN) Salor pada 5 Mac lalu menggesa penjelasan kerajaan negeri berhubung pemberian tender projek bernilai RM27.1 juta itu.

Surat tawaran, entiti belum wujud




Menurutnya, surat tawaran tender projek diberikan kepada Cdah Construction Jangka Prestasi JV pada 22 Januari 2015 sedangkan ketika itu syarikat berkenaan masih belum didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Cdah Construction Jangka Prestasi JV hanya didaftarkan pada 9 Mac 2015.

"Tarikh pelantikan pada 22 Januari 2015 itu bermakna, dua bulan kemudian baru syarikat ini ditubuhkan.

“Jelas di sini surat tawaran dianugerahkan kepada entiti yang belum diwujudkan dan hingga hari ini kerja pembinaan masih berjalan,” kata Husam.

Bagaimanapun dakwaan itu dinafikan Pengerusi Lembaga Pengarah AKSB, Datuk Hanifa Ahmad (gambar, bawah, tengah) dan beliau menjelaskan AKSB melantik Cdah Construction Sdn Bhd dan Jangka Prestasi Sdn Bhd yang terlibat dalam usaha sama (JV) selepas syarikat itu lulus kesemua peringkat penilaian jawatankuasa tender.

......
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
https://telegram.me/mindarakyat
https://www.facebook.com/Mindarakyat

10 ulasan:

  1. ape ada hal. pitih belana le nie.janji hati puahh

    BalasPadam
  2. Kalau boleh biarlah "witch hunting" di hadkan di Pantai Barat Saja.

    BalasPadam
  3. Kalau PAS duduk diam jer.. bermaharajalela le tuduhan-tuduhan terhadap PAS sampai timbul spekulasi PAS penuh rasuah. Kata la mcmana pun... orang susah nak percaya sbb org lebih percaya kat sosial media dari PAS. Tgk la macamana tuduhan 90 juta.. walau hebat macamana PAS menjawab tuduhan.. org masih percaya PAS ambik 90 juta.

    Hari pulak kes Dato Nik Amar cakap suruh PH bersihkan selesaikan hutang negara sebelum PAS ambik putrajaya. Belum lagi nak PAS terangkan.. habis penuh forum, fb, instagram bincangkan pasal ucapakan dato nik amar ni. Lagi bertambah beban PAS nak terangkan.. dan org takkan dengar.

    Bila la PAS nak belajar? Takkan nak harap pengundi tegar PAS je mengundi PAS? Org dah muak dgn umno.. jgn biarkan org rasa muak dgn PAS.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau betul lah itu kenyataan nik amar... mmg dia jenis mulut dok tau di untung.... sakit jugak ah pale nak layan..

      Padam
    2. TGHH baru comment.. bukan sekali nik amar lepas cakap. Jenuh org lain nak cover. Cuba la ikut cara ibrahim man cakap.. berlapik sikit.

      Padam
    3. Nik amar mmg beberapa kali ada buat silap dan terlepas cakap. Kalau dulu mat sabu. Cuma bezanya mat sabu tak ada mntk2 maap berbanding nik amar. W.pun dia minta maaf ada satu isu tu tentang silap nama sahabat nabi, tapi sebaiknya dia kena lebih berhati hati slps ni dlm keluarkan kata2 sbb zaman skrg pengfitnah pantang tengok orang buat silap sikit. Kesian tgk tghh kena cover dlm wawancara di astro bila disoal ttg comment nik amar tu. Tapi alhamdulillah tenang shj dijawab tuan guru. Wbp nik amar ni mmg antara penceramah yang saya suka

      Padam
  4. Tiada salah dan pelik kalau Ph bayar hutang dan kalau Allah izin Pas perintah pula selepas itu,Tk perlu emosi seolah semuanya tidak mungkin

    BalasPadam
  5. Rasanya x salah pn kata2 Nik Amar,dgr dgn penuh kata2 dia. Kita sndiri pn kalau ambil alih hutang,mmg berat nk nanggung. Skrg kna bnyk pakai buah psiko,padan dgn fitnah2 dn kata2 kesat macai2 PH pd PAS dlu! Biar berasap telinga msg2! Beri buah pedas2 je,hahaha..

    BalasPadam
  6. Yg nik amar cakap tu "mgkn hikmah kita x menang putrajaya".. Sama kes "kita x menang pada PRU 13 dulu".. Semuanya ada hikmah.. Yg penting kita kna kuat dan Istiqamah ..InsyaAllah semuanya akan tenang.. Biaq la puak2 PH nk bising. .Mmg tu keja depa.. Kita mmg x blh lawan depa bab ni..
    Satu lg nasihat sy kpd peringkat tertinggi dan YB2 PAS, kurangkan bercakap.. Bykkan berkeja.. Amik penasihat yg reti buat keja.. Kuatkan lajnah unit IT.. Update semua keja buat.. Biaq rakyat tau kita buat keja..
    Wa'Allahualam. .

    BalasPadam