Header Ads

ads header

Flash News

Listing Petronas To Increase Revenue?


1. Selaku pelajar universiti yg tahu serba sedikit tentang ekonomi, ada beberapa pertanyaan yang terbuku di hati ini.

• Bukankah pertumbuhan ekonomi negara kini adalah 5.9% dari KDNK?

• Bukankah credit rating Moody memberi penarafan A- pada Malaysia? Dengan kata lain, kita tiada masalah dalam pembayaran hutang?

• Bukankah defisit fiskal kita kian menurun kepada 2.8% berbanding tahun sebelumnya iaitu 3.0%?

2. Jika jawapannya ada BENAR, untuk apa kita jual sebahagian saham kepunyaan kerajaan kepada negara luar? Ekonomi kita kukuh. Pertumbuhan ekonomi kita baik. Dan kita tidak ada rekod masalah untuk membayar hutang.

3. Apa yang saya dapat lihat, adakah kerajaan cuba menggunakan alasan kononnya hutang RM 1 trillion, maka terpaksa gadaikan Petronas kepada sesiapa yg kita tidak ketahui?

4. Dengan penghapusan GST yg membawa pendapatan negara RM 44.3 billion dan kesanggupan kerajaan menanggung hutang PTPTN yg bernilai RM 45 billion menunjukkan sikap kerajaan bahawa hutang kononnya RM 1 trillion itu bukanlah memberi impak pada negara. Jika mereka khuatir tentang hutang, sudah pasti mereka tidak jadikan GST kepada 0% rate.

5. Penjualan saham sebanyak 25% membawa pendapatan sebanyak RM 200 billion. Cukup untuk merealisasikan menifesto yang telah dijanjikan untuk jangka masa pendek. Bagaimana pula untuk jangka masa panjang? Jual lagi saham Petronas? Berbaloikah menunaikan janji tontonan EPL percuma untuk rakyat dengan menggadaikan petronas?

6. Apa bila pegangan saham petronas berkurangan, maka pendapat untuk negara juga turut berkurangan. Bagaimana Perdana Menteri seterusnya ingin meneruskan pentadbiran? Adakah masa itu Tun M akan "menyelamatkan negara" untuk kali ke 3?

7. Saya merayu kepada kerajaan PH. Usah bailout menifesto anda dgn harta Petronas.

____

#DISCLAIMER: Saya (Nabeel Naqie) adalah pelajar dan merupakan pengundi muda PRU 15. Non-partisan terhadap mana-mana kumpulan tertentu.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=118616882357265&id=100026268600983


......
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
https://telegram.me/mindarakyat
https://www.facebook.com/Mindarakyat

5 ulasan:

  1. Apakah skandal 'borang pink' akan kembali untuk diedarkan kepada golongan sasaran, cuma berbeza pada kali ini ialah ia boleh bertindak sebagai "silencer".

    BalasPadam
  2. LLN jadi TNB
    LPN jadi Bernas
    Petronas jadi ???

    BalasPadam
  3. bila diswastakan, keuntungan syarikat jadi keutamaan, kebajikan akan jadi nombor tiga dan ke atas.

    maka kalau diswastakan satu-satu jewel of the crown, jangan mimpilah nak dapatkan petrol pada harga 1.50 se liter kat pam

    menonggeng 10 kali pun belum tentu!

    ROTFL

    BalasPadam
  4. Untuk penggantian pendapatan dari pemansuhan GST,mengapa x mahu ambil kira terhadap cadangan PAS iaitu Cukai Simpanan Korporat dan Cukai keuntungan Bursa Saham? Kiranya cadangan ini sgt bagus untuk ganti hasil yang hilang dari pemansuhan GST. Adakah kerana idea ini dari PAS maka kerajaan baru tidak pandang lgsung tentangnya?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sy pun pernah cakap tentang ni.. Depa ego.. Depa kan ramai "profesional".. Mana ada standard nk amik idea dari parti "pak lebai".. Hehe..

      Padam