Header Ads

ads header

Flash News

Dataran Merdeka mana muat sejuta orang


SHAH ALAM - Menteri Wilayah, Khalid Samad menegaskan perhimpunan menolak Konvensyen Antarabangsa Mengenai Pembasmian Diskriminasi Kaum (ICERD) yang dijadualkan 8 Disember nanti tetap tidak boleh diadakan di Dataran Merdeka jika melibatkan penyertaan sejuta orang.

Katanya, lokasi yang bersesuaian untuk menampung jumlah peserta perhimpunan yang ramai adalah di stadium.

“Dataran Merdeka tidak boleh menampung seramai sejuta orang. Itu logik.

“Kalau tetap nak buat, boleh di Stadium Bukit Jalil atau mana-mana stadium yang boleh muat sejuta orang,” katanya kepada Sinar Harian.

Khalid juga berkata bahawa sehingga hari ini, penganjur tidak mengemukakan sebarang permohonan untuk perhimpunan mega tersebut.

“Kalau betul nak buat, mohon la permit. Baru la orang nampak serius. Pihak penganjur perlu bertanggungjawab buat permohonan.

“Macam kami dulu seperti penganjuran perhimpunan Bersih, kami buat permohonan,” katanya.

Pas dan Umno tetap bertegas untuk mengadakan perhimpunan menolak ICERD di Dataran Merdeka walaupun kerajaan memutuskan tidak akan meratifikasi konvensyen berkenaan.

Semalam Jabatan Perdana Menteri mengumumkan kerajaan tidak akan meratifikasi ICERD.

Sebaliknya kerajaan akan terus mempertahankan Perlembagaan Persekutuan di mana di dalamnya termaktub kontrak sosial yang dipersetujui oleh wakil semua kaum sewaktu pembentukan negara ini.

Bagaimanapun, Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meragui keikhlasan kerajaan PH menolak ICERD.

Katanya, pembangkang percaya ia ada kaitan dengan Perhimpunan Kebangkitan Ummah dalam menentang ICERD di seluruh negara sejak kebelakangan ini.

MR :  Bila berkawan dengan Mahathir jadi Melayu mudah lupa


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Sistem Mudah Untuk Anda Menjana Pendapatan Online Secara Sambilan
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 MENCARI SESIAPA yang berminat niaga di shopee peluang raih pendapatan rm lumayan setiap hari lawati bit.ly/2A86ypP





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan:

  1. Kita buat depan rumah khalid samad jom. biar dia rasa sikit.

    BalasPadam