Header Ads

ads header

Flash News

PAS dan UMNO perlu bekerjasama membentuk gabungan


Saya rasa buat masa sekarang, UMNO dan PAS, sebagai dua buah parti terbesar Melayu dan Islam, sepatutnya berfikir secara serius untuk mengadakan kerjasama antara keduanya. Saya mencadangkan agar berlakunya kerjasama dan bukannya gabungan kerana dengan kerjasama, gerak kerja dapat diselaraskan tanpa meleburkan mana-mana parti. Cadangan kerjasama ini mestilah turut memperincikan perkara-perkara ini:

1-Asas kerjasama ini mestilah Islam. Kedua-dua parti mestilah bersetuju dan memeterai perjanjian bahawa kerjasama ini adalah berpaksikan Islam. Mana-mana pemimpin secular yang tidak mahu menerima paksi ini, seperti Nazri Aziz dll boleh berundur diri dan jika masih mahu berpolitik, boleh menyertai parti-parti lain.

2-Kerjasama ini bukan hanya atara UMNO dan PAS. Ia mestilah juga disertai oleh NGOs Islam yang lain. Jangan dilupa. Masih ramai lagi pejuang2 Islam di Malaysia yang tidak terikat dengan mana-mana parti, tetapi memperjuangkan Islam dengan sedaya upaya mereka. Selepas kerjasama ini, mereka mesti tetap kekal di dalam NGO mereka, dan tidak bertukar menjadi ahli politik. Mereka akan menjadi check & balance dan pemantau kepada kerjasama ini.

3-Suatu sekretariat dibentuk demi menyelaraskan kerjasama ini. Sekretariat ini juga akan dinaggotai oleh NGOs Islam. Mereka juga akan dilibatkan di dalam membuat keputusan-keputusan.

4-Sebarang item kerjasama ini mestilah disebutkan dengan jelas (broad framework) dan dipersetujui bersama. Butiran kerjasama ini dinyatakan kepada umum (public) secara terbuka, sehingga sebarang ketergelinciran daripada melaksanakan butiran perjanjian ini akan dapat disemak oleh rakyat secara umumnya.

5-Kerjasama ini mestilah melakulkan deklarasi bahawa kerjasama ini akan menolak sebarang amalan rasuah sekeras-kerasnya dan bersedia untuk disiasat atas sebarang tuduhan rasuah. Pihak SPRM adalah bebas untuk menyiasat mana-mana pimpinan yang dituduh terlibat dengan rasuah. Kerjasama ini mestilah menyatakan dengan jelas bahawa mereka akan memberikan kerjasama kepada SPRM utk menyiasat mana-mana pimpinan dan kerjasama ini tidak akan melindungi mana-mana pimpinan ini.

Mungkin ada yang akan menyatakan bahawa bagaimana PAS dapat berkerjasama dengan parti UMNO yang banyak rasuahnya. Jawapannya ialah, sekarang UMNO bukan lagi menjadi pemerintah.

Mereka dengan bebas dapat disiasat. Siasatlah, dan ambillah tindakan kepada sesiapa yang didapati bersalah. Takkan kita hanya mahu menuduh sahaja tanpa membawa sebarang bukti. Jangan lupa Tun Mahathir juga dituduh dengan pelbagai kes rasuah dan salahguna kuasa oleh pihak pembangkang dahulu sehinggga digelarkan “bapa rasuah”. Namun tiada sebarang tuduhan dikenakan ke atas beliau (betulkan saya jika saya tersilap). Standard yang sama juga harus dipakai kepad orang lain. Siasatlah dan dakwalah jika mereka didapati bersalah. Selagi mana tiada bukti, maka qaedah (maxim) asal “tidak bersalah melainkan dibuktikan” mestilah terpakai kepada semua orang.

Kerjasama ini pada hakikatnya akan membuka suatu lembaran baru di dalam lanskap perjuangan Islam dan melayu di Malaysia. Tenaga dapat diselaraskan dan lebih terurus. Selama ini banyak bullet yang ditujukan antara PAS dan UMNO. Dengan kerjasama ini, bullet-bullet tersebut boleh dilaraskan kepada mereka yang selalu mengganggugugat paksi kenegaraan kita, terutamanya yang berkaitan dengan Islam, melayu dan raja.

Saya rasa tidak perlulah saya menyatakan bahawa menjadi nasionalis bukanlah suatu perkara yang bertentangan dengan syarak. Nasionalis yang berpandukan kepada Islam dan mahu melihat watan kita ini ditadbir secara Islam adalah sesuatu yang mulai dan amat dituntut oleh syarak. Majmu’ Rasail Hasan al-Banna telah memberikan penjelasan yang amat jelas dalam hal ini.

Saya tahu akan berlaku pelbagai usaha untuk memastikan bahawa kerjasama sebgini tidak berlaku. Sudah tentulah kerjasama antara umat Islam di Malaysia menjadi suatu nightmare kepada mereka yang mengambil kesempatan di atas perpecahan umat Islam ini. Oleh kerana itu, mereka akan berusaha sedaya upaya untuk menggagalkan kerjasama ini, bermula dengan berfikiran negative dan sinis, sehinggalah mereka akan melakukan pelbagai tindakan demi menggagalkan usaha kerjasama ini. Kerjasama ini perlu cekal di dalam menghadapi segala macam ancaman dan tribulasi sebegini.

Kerjasama ini, kemudiaannya boleh terus berkerjasama dengan mana-mana parti dan NGO yang bukan Islam, selagi mana mereka juga brsetuju dengan broad framework yang telah dimeterai. Sebagai umat teras dan majoriti, kestabilan umat Islam melayu di Malaysia adalah suatu pertanda baik kepada seluruh rakyat Malaysia. Ia akan membawakan kestabilan kepada negara yang kita cintai ini. Mereka yang bukan Islam tidak seharusnya takut kepada kesatuan umat Islam di Malaysia.

Saya amat berharap pimpinan umat Islam melayu di Malaysia akan dapat berusaha untuk merealisasikan kerjasama sebegini. Ini hanya cetusan idea saya. Sesiapa yang mempunyai formula yang lebih baik seharusnya memberikan idea masing-masing untuk dipertimbangkan oleh pimpinan-pimpinan umat Islam di Malaysia. Ini adalah antara saham utama kita untuk kesatuan umat dewasa ini.

Tuan-tuan boleh mencambahkan lagi idea di atas.

Wallahu A'lam

Dr Aznan Hasan


MR : Suara untuk UMNO dan PAS bersama dalam satu gabungan makin hari makin kuat dan tak boleh dipandang sepi begitu sahaja....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

18 ulasan:

  1. [Quote]Saya rasa tidak perlulah saya menyatakan bahawa menjadi nasionalis bukanlah suatu perkara yang bertentangan dengan syarak. Nasionalis yang berpandukan kepada Islam dan mahu melihat watan kita ini ditadbir secara Islam adalah sesuatu yang mulai dan amat dituntut oleh syarak. [Unquote]

    Fakta:

    Semua ideologi buatan manusia seperti nationalisme, sekularisme, liberalisme, pluralisme, atheisme dll adalah bertentangan dengan Islam. Maka kita sebagai umat Islam yang cintakan Allah dan RasulNya wajib menolak semua ideologi buatan manusia yang berpaksi 'matlamat menghalalkan cara'.

    Ibn Taymiyyah rahimahullah berkata dalam Majmu' al-Fatawa (3/456) bahawa "Semua yang berada di luar seruan Islam dan Al-Qur'an seperti nasionalisme dll adlah seruan jahiliah ... "

    Seruan nasionalisme juga adalah seruan asabiyyah di mana manusia menjadi marah, berdemonstrasi, berjuang dan mati kerana asabiyyah seperti kaum, negeri, negara dll bukan kerana Allah.

    Maka jelaslah seruan nasionalisme adalah seruan kepada perlanggaran, kesombongan dan kebanggaan manusia di mana manusia menjadi penindas dan mangsa penindasan kerana nasionalisme.

    Maka jelaslah nasionalisme adalah seruan jahiliah yang bertentangan dengan ajaran Islam.

    Hanya Islam agama yang benar dan diredhai oleh Allah untuk hamba-hambaNya sebagai cara hidup yang sempurna dan terbaik maka mengapa seseorang yang mendakwa dirinya beragama Islam masih lagi berdegil memilih ideologi buatan manusia seperti nasionalisme sebagai anutannya?

    Firman Allah yang bermaksud: Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah SWT ialah Islam. Dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai agama Islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka. Dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah amat segera hitungan hisab-Nya. (ali-‘Imran: 19)

    Maka semua penganut-penganut ideologi buatan manusia seperti nasionalisme, sekularisme, liberalisme, pluralisme, atheisme dll akan dihumban ke dalam neraka kerana mereka telah menolak agama Islam.

    Islam merupakan agama Allah SWT yang disyariat untuk diri-Nya. Oleh itu, Dia mengutus para Rasul dan para wali-Nya untuk membawa risalah Islam. Dia tidak akan menerima agama lain selain daripada Islam dan tidak berhajat menganugerahkan ganjaran di luar daripada agama (Islam).

    Al-Qurtubi berkata: “Al-Din dalam ayat ini ialah ketaatan dan agama. Islam dengan makna iman dan taat”. Inilah juga pendapat Abu al-‘Aliah dan jumhur Mutakallimin.

    Menurut Ibn Kathir ayat ini mengandungi peringatan dari Allah SWT bahawa tiada agama di sisi-Nya dan yang diterima-Nya dari seorang pun kecuali Islam iaitu mengikuti Rasul-Rasul yang diutus-Nya setiap saat hingga berakhir dengan Muhammad SAW.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Penulis artikel menulis [Quote]Saya rasa buat masa sekarang, UMNO dan PAS, sebagai dua buah parti terbesar Melayu dan Islam[Unquote]

      Komen kita:

      UMNO adalah parti nasionalis bukan parti Islam kerana UMNO tidak menjadikan Al-Qur'an, Sunnah, Qias dan Ijma sebagai perlembagaan UMNO dan garis panduan perjuangan politik UMNO. Perjuangan politik UMNO selama ini pun tidak mencerminkan UMNO sebagai parti Islam tetapi parti nasionalis yang mendakwa kononnya berjuang membela hak kaum Melayu sambil menindas kaum Melayu di negeri-negeri yang diperintah oleh kerajaan PAS.

      PAS adalah parti Islam kerana PAS pimpinan ulama Islam telah menjadikan Al-Qur'an, Sunnah, Qias dan Ijma' sebagai perlembagaan PAS dan dasar perjuangan politik PAS. Bahkan pemimpin-pemimpin dan ulama-ulama PAS sentiasa gigih berjuang menegakkan agama Islam dan membela hak umat Islam sejak penubuhan PAS lagi.

      Maka kita tidak merasa hairan melihat parti nasionalis, parti sekular, parti liberal dan parti kafir harbi menyerang, menfitnah dan memburuk-burukkan PAS semata-mata kerana PAS gigih berjuang menegakkan ajaran Islam dan membela hak umat Islam mengamalkan ajaran Islam.

      Padam
  2. Well said Dr. Aznan Hasan.

    Yg benci pd perpaduan dalam islam tu biarlah mereka..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masalahnya ialah Islam tidak boleh berpadu dengan ideologi buatan manusia seperti nasionalisme, sekularisme, liberalisme, pluralisme dll sebagaimana madu tidak boleh bercampur dengan racun.

      Islam rejects man-made ideologies because they contradict the true teachings of Islam. True Muslims will accept Islam only as their way of life !

      Padam
    2. Bagaimana boleh Islam berpadu dengan nasionalisme sedangkan Islam menyeru umat Islam di seluruh dunia bersatu padu dalam jemaah Islam tetapi nasionalisme menyeru umat Islam kepada perpecahan mengikut kaum, keturunan, daerah, negeri, negara region, parti politik yang berbeza , ideologi-ideologi yang berbeza dll?

      Padam
    3. 1. Telah dinyatakan dlm point pertama penulis bhwa asas kerjasama @perpaduan mestilah atas dasar islam.

      2. Penulis tidak mnyatakan lngsg meti berpadu atas asas nasionalis. Penulis mnyatakan nasionalis msti berpandukan pd islam.

      3. Hakikat majoriti dlm mlysia adalah mlyu dan mjoriti mlyu adalah islam. Bila mana anda mmpeertahankan hak mlyu, secara automatik anda bersikap nasionalis. Tapi oleh krna majoriti mlyu adalah islam jd tidak mengapa krna anda juga mmpertahankan ekonomi umat islam tanpa sedar dgn bersikap nasionalis.

      4. Ingin sy tegaskan skli lg, penulis tidak pon kata bhwa asas perpaduan adlh atas dasar nasionalis. Jgn just jump to the point nasionalis without reading the main point on no.1.

      Padam
    4. Anon 10.59;

      Biarlah diorg nk ckp apa pon.
      Tau nk hentam aja padahal dh terang2 point pertama penulis dh bgtaw perpaduan msti berpaksikan islam
      Word 'nasionalis' tu pon xdak dlm point utama penulis.
      Tak menilai habis penulisan dah ada pndgn sndiri dlm otak, mcm mana nk terbuka menilai pndgn org. Sampaikan point pertama pon terlepas pandang.

      Padam
    5. Hahaha...

      Standard SOP..

      Cari salah dulu.. Komen siap2.. Lepas tu tnggu komen org lain akan ikut skali sokong..

      Fahamkan artikel tolak tepi.

      Apa yg dia tulis pon tak taw, yg penting hantam dulu.

      Padam
    6. Nampaknya anon 10:59 PG dan anon 11:08 PG terlalu taksub dengan artikel di atas sehinggakan mereka cuba menghalalkan 'nasionalis' yang wujud dalam artikel di atas sedangkan nasionalis dan nasionalisme adalah satu bentuk asabiyyah yang diharamkan oleh Islam maka mustahil untuk umat Islam tulen bersatu padu dan berkerjasama dengan penganut nationalisme kerana Islam dan nasionalisme saling bertentangan.

      Nasionalisme adalah satu ideologi atau kefahaman yang meletakkan negara dan bangsa pada tempat yang tinggi bahkan lebih tinggi dari Allah dan RasulNya seperti mana yang berlaku sejak dari zaman jahiliah lagi di mana manusia berjuang, bunuh membunuh, tindas menindas, tipu menipu dll kerana negara dan bangsa dll.

      Maka adalah mustahil untuk jemaah Islam tulen seperti PAS untuk berkerjasama dengan puak nasionalis seperti UMNO kerana perbezaan matlamat perjuangan politik.

      Nah ini bukti untuk menyanggah komen anon-anon tersebut:

      [Quote]Saya rasa tidak perlulah saya menyatakan bahawa menjadi nasionalis bukanlah suatu perkara yang bertentangan dengan syarak. Nasionalis yang berpandukan kepada Islam dan mahu melihat watan kita ini ditadbir secara Islam adalah sesuatu yang mulai dan amat dituntut oleh syarak. [Unquote]

      Komen kita:

      Bagaimana boleh [Quote]Nasionalis yang berpandukan kepada Islam dan mahu melihat watan kita ini ditadbir secara Islam [Unquote] sedangkan nasionalis dan nasionalisme bertentangan dengan ajaran Islam? Ini adalah satu kontradiksi @ percanggahan yang jelas !

      Sebagai perbandinga mudah untuk orang memahami isu percanggahan ini ialah:

      "Komunis yang berpandukan kepada Demokrasi dan mahu melihat watan komunis ini ditadbir secara Demokkrasi"

      Kenyataan ini jelas adalah satu percanggahan antara komunis dan demokrasi.

      Padam
    7. Tak.

      Sebenarnya anda lah yg terlalu tksub pada pndgn anda sndiri tanpa melihat pd konteks penulisan.

      Penulis artikel sudah terang2 mengatakan kerjasama yg timbul msti berpaksikan islam tapi anda sibuk mempertahankan bersatu tak boleh atas asas nasionalis. Anda menulis sesuatu yg tak ditulis olehcpenulis artikel.

      Anda lngsg x baca apa yg sy tulis dlm komen sepertimana anda x baca apa yg ditulis oleh penulis artikel.

      Anda hnya ambil part yg anda mahu bangkang tanpa mengambil kira point kerjasama atas dasar islam yg telah pon penulis artikel beritahu dlm point pertama.

      Sy jg x bersetuju kerjasama atas dasar nasionalis tapi sy melihat konteks penulis artikel dgn apa yg anda komen tidak selari.

      Sepertimana sy x bersetuju matlamat tak menghalalkan cara, seperti itu juga saya tak bersetuju anda membangkang luar dari konteks penulisan.

      Anda ambil satu point yg anda x suka dan anda highlightkan seolah2 itu adlh point utama penulis.

      Jadi anda lah yg taksub pd pndgn anda.

      Padam
    8. Sepatutnya UMNO membuang ideologi nasionalisme dan menganut ideologi Islam sebelum berkerjasama dengan parti Islam PAS pimpinan ulama Islam supaya tidak berlaku conflict of interest di masa hadapan.

      Jika UMNO masih berpegang teguh pada nasionalisme dan berkerjasama dengan parti Islam PAS, kerjasama ini akan menerima nasib yang sama seperti Pakatan Rakyat apabila sebilangan pemimpin UMNO yang jahil murakkab mempertikai ajaran Islam seperti Hudud dll seperti mana yang telah berlaku sebelum ini.

      Padam
  3. Nak gabung pun boleh nak kerjasama pun boleh....
    Asal atas nama Islam.

    Dan bukan :
    Atas nama Nasionalisma UMNO-Bersatu
    Atas nama Fascisma Cina Kaifeng
    Atas nama Komunisma DAP.
    Dan atas nama Liberalisma PKR dan PAN.

    BalasPadam
  4. Dr. Aznan ,
    Tolong buang Nasionalisma anda.
    Ingat ada orang Cina yang Islam macam Ridhuan Tee yang lebih faham Islam daripada orang Melayu sendiri.
    Ustad Hussein Yee pun begitu juga.

    Mereka sudah banyak bagi amaran kepada PAS dahulu semasa bersama Pakatan Rakyat. Ramai pula orang PAS mengejek Ridhuan Tee. Padahal Ridhuan Tee bukannya UMNO.
    Tengoklah apa yang dikatanya sekarang adalah benar.

    Islam kena yang pertama. Orang Cina dan orang India yang masuk Islam mempunyai kelebihan yang lebih daripada orang Melayu sendiri.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hanya Islam agama yang benar dan diredhai oleh Allah maka perjuangan dalam erti kata sebenar adalah perjuangan Islam bukan perjuangan nasionalisme, sekularisme, liberalisme, pluralisme, atheisme, komunisme, sosialisme dll.

      Perjuangan tanpa Islam adalah perjuangan palsu yang berdasarkan hawa nafsu serakah manusia, riak, ujud dan matlamat yang menghalalkan cara untuk meneruskan kezaliman, penindasan, penganiayaan, kleptocracy, kronisme, imperialisme, hedonisme dll.

      Padam
  5. Kalau sebelah sana amalkan sekularism. Sebelah sini tak bolehlah melawannya dengan sekularism. Api tak boleh dilawan dengan api. Sebelah sini kena gunakan religionism, bukan sekularism. Terbukti CO2 powder boleh padamkan api dengan berkesan. Terbukti religionism boleh padamkan bara sekularism dan konservasi boleh mengimbangi gerakan liberalisasi. Kalau itu tak jalan barulah gunakan idiom ini: "cannot beat... join....!

    BalasPadam
  6. Kah kah kah skrg baru nk bersama ekkkk

    BalasPadam