Header Ads

ads header

Flash News

Kementerian akan naikkan umur minimum berkahwin kata Wan Aizah


Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga merupakan menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menjelaskan bahawa pihaknya tidak mempunyai kuasa untuk menyemak semula prosedur operasi piawai (SOP) berhubung perkahwinan kanak-kanak.

Sebaliknya, jelas Dr Wan Azizah, kementeriannya sedang memperhalusi cadangan meningkatkan umur minimum perkahwinan kepada 18 tahun.

"Perkara ini adalah sejajar dengan manifesto Buku Harapan untuk menaikkan umur minimum perkahwinan kepada 18 tahun bagi kedua-dua jantina.

"Kesemua pihak terlibat sedang giat membincangkan mekanisme pelaksanaan sebelum ianya dimuktamadkan dalam masa terdekat," katanya dalam kenyataan hari ini.

Kenyataan itu dibuat susulan kecaman Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) yang mengkritik kerajaan kerana dikatakan mahu mengetatkan undang-undang sedia ada berhubung perkahwinan kanak-kanak dan bukannya mahu menghalangnya.

Setiausaha politik Dr Wan Azizah, Rodziah Ismail sebelum ini dipetik Free Malaysia Today sebagai berkata SOP perkahwinan kanak-kanak akan dikaji semula.

Dr Wan Azizah, dalam kenyataan medianya, berkata kementeriannya mengambil maklum kebimbangan yang dinyatakan Suhakam.

Dr Wan Azizah juga menegaskan kenyataan sama yang dikeluarkan 2 Julai lalu berhubung meningkatkan umur minimum untuk berkahwin.

Sebelum Wan Aziz membuat pindaan mengenai perkahwinan sepatutnya Wan Azizah kena rujuk ulama dahulu supaya tidak bertentangan dengan hukum Allah s.w.t.

Ada 2 isu disini iaitu si keluarga setuju dengan perkahwinan tersebut dan berbeza dengan perkahwinan paksa atau perkahwinan lari kerana wali tak setuju.

Wan Azizah juga sepatutnya mengambil pengajaran daripada perkahwinan dia sendiri yang melakukan perkahwinan luar kawasan berwalikan hakim.


Perkara ini disahkan sendiri oleh kadi di Pulau Pinang pada ketika itu yang juga turut terlibat dengan pernikahan antara Anwar dan Wan Azizah. Kadi tersebut, Dato' Harussani hampir ditahan oleh pihak polis setelah mendapat arahan dari ayah Wan Azizah, Dato' Wan Ismail yang pada ketika itu berkhidmat di Kementerian Keselamatan Dalam Negeri.

Harunssani juga mengakui beliau turut terlibat dalam penikahan Anwar dan Datuk Seri Dr Wan Azizah, ketika beliau menjadi Kadi di Pulau Pinang.

“Dia (Anwar) kahwin pun, saya yang benarkan (dia) (ber)nikah. Pasal itu (arwah Tan Sri) Ghazali Shafie (Menteri Dalam Negeri dan Penerangan ketika itu) nak tangkap saya tu. 40 polis datang jumpa saya. Hantar polis, masuk dalam pejabat saya. ASP Benggali (yang masuk).

“Saya tanya dia (polis) pasal apa masuk (ke pejabat saya). Pasal kahwin kan. Hak dia (Anwar) nak kahwin. Pasal apa (awak) datang ?. Aku yang berkuasa dalam benda ni (perkahwinan).

“Nah ambil fail… buat… apa nak buat. Kamu nak tangkap aku, tangkap, bicara aku. Tunjuk mana undang-undang (yang) salah.

“Keluar macam tu (saja) Benggali (itu)…. (yang) datang dengan bapa Azizah (Wan Ismail) “, katanya.

Menurut Mufti Perak itu lagi ketika majlis pernikahan Anwar itu, bapa Wan Azizah iaitu Datuk Dr Wan Ismail Wan Mahmood tidak bersetuju dengan penikahan tersebut kerana Anwar pada masa itu dilihat radikal dan menentang kerajaan melalui demonstrasi pelajar.

Wan Ismail ketika itu berada dalam kerajaan yang bertanggungjawab dalam Majlis Keselamatan Negara (1970-1993), yang dibentuk oleh kerajaan untuk membendung kacau bilau dalam negara angkara anasir komunis.

Apabila Wan Ismail menolak lamaran Anwar Ibrahim, dengan pertolongan Ustaz Ahmad Awang, pegawai di Pusat Islam ketika itu, telah membawa Wan Azizah ke Permatang Pauh untuk menikahkan mereka menggunakan wali hakim.

Harussani yang ketika itu menjadi Kadi Pulau Pinang telah melakukan majlis akad nikah pasangan tersebut.

“Bapa Azizah tu, dia pun nak perli saya. Masa saya ambil kursus keselamatan. Dia (Wan Ismail) jadi pensyarah. Semua (yang hadir adalah) DO. Dia kata, ala seminggu (kursus ini) apa susah sangat. Tangkap mana-mana, ni tok kadi ada (di sini).. boleh nikah. Orang pun gelak.

“Sekali anak dia (Wan Azizah), saya tangkap suruh nikah sekarang macam mana”, kata Harunssani sambil disambut gelak ketawa.

Selepas itu, dalam satu majlis jamuan, Harunssani berjumpa lagi dengan Anwar. Ketika itu beliau bertanyakan sejauh manakah penerimaan bapa mertua (Wan Ismail) terhadapnya selepas perkahwinan itu.

“Lepas tu, semasa jamuan makan, saya tanya dia. Anwar, macam mana pak mertua (Wan Ismail)? “


MR : Ramai pimpinan PKR dan Amanah sebelum bekuasa lain selepas berkuasa bernada lain. Tapi sejarah kehidupan mereka tidak mungkin dipadamkan....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

5 ulasan:

  1. kenapa perlu dilewatkan ...islam galakkan penganutnya kawin awal ... tiga perkara perlu disegaraka ..1 sembahyang ... 2 pengembumian jenazah ... 3 perkahwinan ...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah bila orang yang bukan pakar Ilmu Islam bercakap pasal Islam....


      Samalah kalau kamu tanya aku apa ubatnya penyakit kanser,....aku malu nak kata tak tahu, aku hanya boleh menjawab Panadol.

      Padam
  2. Pemikiran yang sempit yang melihat perkahwinan hanya tempat untuk memuaskan nafsu. Perkahwinan lebih pada itu. Ia satu institusi perkongsian hidup yang bertanggung jawab dalam kebahagiaan. Masaalah anak luar nikah akan meruncing jika had umur kahwin dinaikkan. Tak perlu fikrah islam liberal. Kita perlu islam yang liberates pemikiran supaya tak sempit seperti ini.

    BalasPadam
  3. Kalau ikut hukum syarak, kalau sudah akil baligh sudah boleh bernikah dah dan sah nikah itu tak kiralah budak itu 13 atau 14 atau 18 tahun ketika itu. Kalau dinaikkan had umor kpd 18 pun, kalau budak umor 15 menikah sekalipun tetap sah juga dr sg hukum syarak. So kau nak buat apa dgn pernikahan mereka? Nak batalkan benda yg sah? Mana boleh. Undang2 skrg sudah cantik pun, di mana anak2 yg sudah baligh tp blm cukup 18 kalau nak menikah kena dptkan kebenaran drp mahkamah syariah, selain restu ibubapa.

    BalasPadam
  4. Maka ramailah yang akan buat sex luar nikah.
    Bila nikah di susahkan maka seks luar nikah pun dipermudahkan.

    BalasPadam