Jika rasa Muhyiddin menindas UMNO, Tak perlulah nak bersengkongkol dengan Anwar dan DAP
Jika esok lima orang ahli Parlimen BN isytihar tidak sokong Muhyiddin dan beliau tiada sokongan ahli Parlimen lain maka jatuhlah kerajaan ini.
Oleh itu saya tidak faham sebahagian penyokong UMNO masih terus menuduh penyokong UMNO yang menyokong kerajaan ini sebagai pengkhianat sedangkan yang mendongkong kerajaan ini termasuklah kepimpinan tertinggi UMNO.
Naib Presiden UMNO menteri kanan. Orang kanan Presiden dilantik sebagai Senator dan menjadi Timbalan Menteri.
Jangan berdolak dalih, jika anda merasakan Muhyiddin Yassin menindas UMNO umum sahaja menarik sokongan dan minta YDP Agong melantik Perdana Menteri baharu.
Tidak perlu bersengkongkol dengan Anwar atau DAP. Jangan kelirukan ahli di bawah dengan isu-isu separuh masak.
Apa susah sangat hendak jatuhkan Muhyiddin jika benar UMNO ditindas? Jangan dengan penyokong cerita lain, bila deal di atas cerita lain.
Ab Jalil Backer
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com







©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Tiada ulasan