Gelandangan warga emas berkerusi roda pun disamun, ditumbuk pula berkali-kali
GEORGE TOWN: Seorang gelandangan cedera di muka akibat ditumbuk seorang lelaki yang bertindak menyamun beg silangnya dalam kejadian di Jalan Lebuh Cina, George Town, Pulau Pinang baru-baru ini.
Kejadian
berlaku pada kira-kira jam 9.30 pagi ketika warga emas lelaki berusia 66
tahun itu sedang berbual bersama seorang rakannya di tepi jalan.
Menurut Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Soffian Santong, mangsa yang ketika itu berkerusi roda kerana patah kaki kanan dan kiri akibat kemalangan jalanraya telah didatangi suspek yang berpura-pura mahu berbual dengannya.
“Secara tiba-tiba, suspek telah bertindak menarik beg silang mangsa mengakibatkan berlaku tolak-menolak antara mangsa dengan suspek.
“Suspek kemudiannya bertindak menumbuk muka mangsa beberapa kali sebelum melarikan diri dengan menaiki motosikal yang ditunggang seorang lagi rakannya,” katanya.
Bagaimanapun, jelas Soffian, suspek yang berusia 32 tahun itu berjaya diberkas polis di Lorong Steward, George Town kira-kira sejam selepas kejadian.
Turut dirampas ialah sebuah motosikal yang digunakan dalam kejadian itu.
Hasil semakan mendapati suspek mempunyai rekod lampau berkaitan dadah dan jenayah, manakala hasil ujian saringan awal polis mendapati suspek negatif dadah.
Suspek bagaimanapun dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang kerana mengidap penyakit tibi dan pendarahan dalam perut.
Polis masih mengesan rakan suspek yang masih bebas yang turut terlibat dalam kejadian itu.
Kes disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana cubaan menyamun dengan mendatangkan kecederaan.
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com







©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
orang sakit TiBi dan ada pendarahan dlm perut pi samun org tua gelandangan patah kaki berkerusi roda.
BalasPadamwahhh....
salah siapa ni..?
Pejahat,dia tak kira kau orang tua @ budak....janji dapat kehendak nafsu dia.
BalasPadamKini masyarakat Buddha dan masyarakat Cina di Malaysia marah kepada DATUK YIP KUM FOOK kerana memusnahkan dan merosakkan kuil Buddha di Taman Desa Jaya, Kepong, dan beliau juga merupakan ahli jawatankuasa yang ditolak daripada persatuan Buddha Samnak Sambodhi; siapa jadi ahli, dia pun tolak sebab dia rasa ini milik dia seorang
BalasPadamMungkin dia rasa semua orang tak boleh buat dia macam ni sebab anak dia Lawrence Yip Jiun Hann seorang peguam di Malaysia (lulus sekolah undang-undang di Australia), ini anak dia yang Playboy kat mana-mana, dah kahwin dengan perempuan Cina Indonesia dan ada dua orang anak.
Orang Cina sangat pantang, yang memusnahkan Kaabah. Kini, orang Cina berkongsi dan menyiarkan maklumat kepada semua orang di Taman Desa Jaya, Kepong, di Pasar, kedai kopi, dan di mana-mana, mereka bercakap dan bergosip tentang Datuk Yip Kum Fook. Sesiapa sahaja boleh membuka internet dan menyelidik Datuk Yip Kum Fook; nama dia ada sana
Kita harap mana-mana badan kerajaan dan turun tengok Taman Desa Jaya, Kepong..dan semak Taman Desa Jaya dan semak Datuk Yip Kum Fook, atau buat kajian di internet orang mengadu tentang DATUK YIP KUM FOOK (bekas Pengerusi MCA di Taman Daya, Kepong dan Gombak)
CHUA SENG LAY, Taman Desa Jaya…..Kepong