Malaysia tidak akan jadi tong sampah dunia – KASA
KUALA LUMPUR: Malaysia tidak akan dijadikan tong sampah dunia, tegas Menteri Alam Sekitar dan Air, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man di Dewan Rakyat, hari ini.
Beliau menegaskan demikian ketika ditanya Abdul Latiff Abdul Rahman (PAS-Kuala Krai) berhubung inisiatif Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) dalam usaha mencegah Malaysia daripada menjadi tong sampah dunia selaras dengan Konvensyen Basel.
“Baru baru ini, saya sendiri turun ke Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP)
setelah kita mendapat maklumat ada 110 kontena yang transit di PTP dan
kita dalam pengurusan untuk menghantar semula ke negara asal iaitu di
Romania.
“Sebagai maklumat tambahan, suka saya maklumkan bahawa
di antara negara-negara yang kita hantar bahan-bahan yang telah
dikenalpasti ini termasuklah beberapa buah negara seperti Amerika
Syarikat.
“21 kontena yang kita hantar ke Amerika Syarikat melalui pelabuhan
Kucing dan 15 kontena dihantar melalui Pelabuhan Pulau Pinang.
“United
Kingdom (UK)1 kontena, Poland 1 kontena, Korea Selatan 2 kontena,
Vietnam 2 kontena dan keseluruhannya 42 kontena dan berat keseluruhan
kontena tersebut ialah 796,553k kg,” ujarnya.
Justeru itu kata
Ahli Parlimen Kubang Kerian itu, tindakan yang diambil KASA bagi
menangani isu tersebut merupakan satu tindakan tegas serta selaras
dengan Konvensyen Basel yang ditandatangan. – HARAKAHDAILY 5/8/2020
............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Tiada ulasan