Header Ads

ads header

Flash News

Bersatu Sabah jangan terlalu ghairah tentukan kerusi


SHAH ALAM -
UMNO mengingatkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah supaya tidak terlalu ghairah dalam menentukan kerusi yang mahu ditandingi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN).

Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan berkata, UMNO Sabah mempunyai autonomi menentukan calon dan kerusi yang ditandingi.

Bagaimanapun katanya, Bersatu yang sudah ghairah menyatakan mahu bertanding 45 kerusi daripada 73 kerusi bukan langkah berlandaskan kebijaksanaan atau keikhlasan.

"Cadangan kepada Bersatu Sabah, kalau nak bersahabat dengan UMNO, buat cara bersahabat. Kita boleh berbincang. Kita boleh berunding.

"Bandingkan dengan kenyataan Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa sebelum ini. Sudah tentu UMNO ada cita-citanya berlandaskan kekuatan parti dalam menjayakan agenda rakyat Sabah tetapi cita-cita itu disulami kebijaksanaan dengan mengambil langkah menghormati proses perundingan," katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Ketua Pimpinan Bersatu Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor hari ini berkata, Bersatu Sabah akan mengadakan mesyuarat minggu depan bagi memperhalusi persiapan jentera pilihan raya parti di setiap kawasan DUN.

Menurutnya, parti itu sudah mengenal pasti 45 DUN yang akan ditandingi calon-calon Bersatu.

Dalam pada itu, Shahril yakin Pengerusi UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin dan pasukannya bijak mengurus landskap terbaru ini.

"Keutamaan pertama adalah memperkasa agenda rakyat di Sabah di samping memperjuangkan maruah UMNO Sabah yang terus diangkat berasaskan kesetiaan pemimpin dan ahlinya yang setia ketika ramai memilih jalan mudah dahulu.

"Untuk Sabah, dalam senario politik mutakhir, berfikirlah dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan atau bertindak kerana setiap tindakan itu akan memberi kesan sehingga ke akar umbi dan tidak terhad di Sabah sahaja," katanya.

#Sumber : SH   

MR :  Bibik pergaduhan umum sudah nak menyerupai PH.. jika tak halang sekali lagi rakyat muak  


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


2 ulasan:

  1. Bibik pergaduhan umum sudah nak menyerupai PH.. jika tak halang sekali lagi rakyat muak....... bukannya bergaduh tapi mempertahankan hak. parti yidin dah mula naik junjung

    BalasPadam
  2. umno kata menjayakan agenda rakyat sabah padahal sabah adalah negeri termiskin di malaysia .Umno ataupun Bn sudah cukup lama memrintah di sabah tapi hasil masih belum cukup kelihatan .cuba bayangkan jika sabah yang mengawal hasil minyak milik sabah sendiri pasti keadaaan sabah akan cukup berbeza dengan keadaan sabah sekarang..

    BalasPadam