Header Ads

ads header

Flash News

26 individu dikompaun gagal pakai pelitup separuh muka


JOHOR BAHRU
: Sebanyak 26 kompaun dikeluarkan terhadap orang awam di Kota Tinggi kerana gagal memakai pelitup muka yang diwajibkan oleh kerajaan bermula Sabtu.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Hussin Zamora berkata kompaun itu dikeluarkan susulan operasi dijalankan di pantai awam Batu Layar, Bayu Damai dekat sini.

"Kesemua mereka didapati gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan protokol yang telah ditetapkan bagi mencegah penularan pandemik COVID-19.

"Mereka telah dimaklumkan mengenai kesalahan itu dan kompaun bernilai RM1,000 diberikan mengikut Perkara 10, Peraturan-Peraturan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPPB)(No 7) 2020," katanya dalam satu kenyataan malam tadi.
Menurut Hussin, polis memberi amaran keras malah tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu yang melanggar SOP berkenaan.

Pemakaian pelitup separuh muka adalah diwajibkan di tempat awam bermula 1 Ogos berikutan kerajaan menyedari terdapat trend peningkatan jangkitan kes COVID-19 dalam kalangan rakyat, selain berkurangnya pematuhan orang awam terhadap SOP ditetapkan.
Keputusan mewajibkan pemakaian pelitup muka itu diumumkan Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri pada 23 Julai lepas.

--BERNAMA


#Sumber : Bernama    

MR : Kerajaan perlu bertegas   


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan