Header Ads

ads header

Flash News

SPR terima notis pembubaran DUN Sabah


PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) menerima pemakluman rasmi daripada Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah semalam, berhubung pembubaran DUN Sabah penggal ke-15.Setiausaha SPR, Ikmalrudin Ishak, berkata berdasarkan Perkara 21 (4), Perlembagaan Negeri Sabah, pilihan raya umum perlu diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh pembubaran DUN.

"Justeru itu, SPR akan mengadakan Mesyuarat Khas bagi membincangkan mengenai pelaksanaan pilihan raya itu," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Ikmalrudin berkata, tarikh mesyuarat berkenaan akan dimaklumkan kemudian.

Semalam, Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, mengumumkan pembubaran DUN Sabah dan mendapat perkenan Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin.


#Sumber :  BH   



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan:

  1. Syafei bedal yakin menang ke dgn mbubar dun sabah tu? Bnyak duit nk beli MP dan ADUN sabah? Apa2 pun rakyat sabah akn tentukan agar PHdapigs tidak akn kuasai sabah lg.

    BalasPadam