Header Ads

ads header

Flash News

Arab Saudi buka pendaftaran haji penduduk warga asing


Mulai Isnin lalu, Arab Saudi membuka pendaftaran haji selama lima hari kepada penduduk warga asing yang menetap di negara itu.

Penduduk warga asing akan mewakili 70 peratus daripada jumlah jemaah yang dibenarkan untuk menunaikan ibadat haji tahun ini.

Sebelum ini Arab Saudi mengumumkan hanya 1,000 jemaah yang tinggal di negara itu dibenarkan menunaikan ibadat haji yang dijadualkan akhir bulan ini, jumlah yang jauh lebih kecil berbanding 2.5 juta jemaah tahun lalu.

Menurut Kementerian Haji, hanya penduduk warga asing berusia antara 20 hingga 65 tahun yang mempunyai rekod kesihatan yang baik tanpa penyakit seperti diabetes dan jantung dibenarkan untuk mendaftar.

Baki jemaah dipilih dalam kalangan warga Arab Saudi dan ia terhad kepada pegawai perubatan dan anggota keselamatan yang pulih daripada virus berkenaan.

“Mereka akan dipilih menerusi pangkalan data yang mengesahkan mereka sudah sembuh daripada virus itu,” menurut kementerian itu dalam satu kenyataan.

Bakal jemaah akan menjalani ujian saringan COVID-19 sebelum tiba di kota suci Makkah dan perlu menjalani kuarantin kendiri di kediaman masing-masing selepas ibadat haji selesai.

Keputusan mengecualikan jemaah haji dari luar Arab Saudi adalah kali pertama dalam sejarah moden negara itu, sekali gus menimbulkan kekecewaan dalam kalangan umat Islam di seluruh dunia.

Arab Saudi setakat ini melaporkan lebih 213,000 kes jangkitan coronavirus, yang tertinggi di Teluk dengan hampir 2,000 kematian. – Agensi

 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan