Header Ads

ads header

Flash News

Abdul Latif dilantik ketua pengarah Kastam baru


PETALING JAYA:
Ketua Setiausaha Negara, Mohd Zuki Ali mengumumkan pelantikan Abdul Latif Abdul Kadir sebagai ketua pengarah Kastam baru berkuatkuasa 5 Jun, menggantikan Paddy Abd Halim.

Latif berkhidmat dalam perkhidmatan awam sejak 1985, dengan jawatan pertama yang disandang adalah penguasa kastam di ibu pejabat jabatan itu.

“Saya percaya dengan pengalaman, pengetahuan dan kredibiliti dimiliki Abdul Latif Abdul Kadir akan membolehkan beliau meneruskan aspirasi kastam ke arah pentadbiran kastam bertaraf dunia.

“Saya bagi pihak kerajaan ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Paddy atas jasa dan khidmat bakti beliau kepada negara sebagai penjawat awam selama 37 tahun,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Latif kelulusan ijazah sarjana muda sastera (Kepujian) dari Universiti Malaya dan ijazah sarjana sains (pembangunan sumber manusia) dari Universiti Putra Malaysia.

Zuki berkata Latif berpengalaman luas dalam bidang penguatkuasaan, pengurusan pematuhan, perkastaman, dan percukaian serta pernah berkhidmat sebagai timbalan ketua pengarah Kastam (penguatkuasa dan pematuhan) dan pengarah kastam negeri.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan