Header II

Header ADS

'Wabak COVID-19 belum ada penawar, datang pula wabak kemaruk kuasa' - Ustaz Kazim


KUALA LUMPUR
: Pendakwah bebas, Datuk Mohd Kazim Elias meluahkan rasa kembimbangannya terhadap kemelut politik yang sedang melanda negara kini di sebalik pandemik COVID-19.

Menerusi entri di laman Facebooknya, beliau yang terkenal dengan panggilan Ustaz Kazim menzahirkan rasa sedih dengan apa yang sedang berlaku dalam negara.

"Wabak yang dok ada belum ada penawar, datang pula satu lagi wabak, wabak kemaruk kuasa.

"Yang ini mungkin tiada penawar buat selama-lamanya melainkan kematian," tulis beliau dalam catatan tersebut.
Katanya lagi, ketika negara sedang berperang mengekang penyebaran virus pembunuh itu, sewajarnya ahli politik berganding bahu bekerjasama membantu rakyat dan membangunkan semula ekonomi negara.

Namun, katanya apa yang berlaku adalah sebaliknya.
 
Beliau membayangkan semua ahli politik yang terlibat hanya mementingkan kuasa dari kesejahteraan dan keharmonian negara.

"Ingatkan dalam menghadapi COVID-19 ni kita boleh bersatu tanpa mengira latar belakang politik, fahaman dan sebagainya.
"Bekerjasama semua supaya COVID-19 dapat diselesaikan, membantu rakyat yang  terbeban dengan wabak ini, membangunkan semula ekonomi dan sebagainya.

"Rupa-rupanya tidak, orang politik tidak mengenal wabak itu semua. Ada yang lebih penting daripada itu, semak jadinya. Sedih terasa di hati. Apa nak jadi ni?" soalnya.


MR :  Rakyat cuba diperbodohkan, malang ada rakyat bodoh mempercayainya


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


6 ulasan:

  1. Begini lah kalau manusia tidak mahu muhasabah Ustaz .

    BalasPadam
  2. Begitu la manusia yg gila kuasa mereka lupaxlama dah nk masuk dlm tanah

    BalasPadam
  3. Gila kuasa boleh berlaku kepada sesiapa sahaja dan sesiapa sahaja boleh menjadi orang gila kuasa.. Tak kira bangsa, agama dan warna kulit

    BalasPadam
  4. setiap kali khutbah Jumaat dtegaskan.....jika kamu berbantah2/berbalah kembalilah pada ALQURAN dn ALHADIS...supaya jadi orang bertaqwa.

    BalasPadam
  5. Cerita apa pulak ni....episod ke berapa dah?

    BalasPadam
  6. Aku serabut sungguh dengan anwar dan mahadhir serta puak puak ph. Tak ada cerita lain, sepatutnys kita semua bersatu lebih lebih lagi atas nama islam dan melayu. Bodoh betul mereka tapi mereka ingat mereka cerdik

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.