Header II

Header ADS

Hamzah Zainuddin dedah yang minta dan desak mencari jalan meninggalkan PH adalah Mahathir sendiri


Setiausaha Agung Bersatu Hamzah Zainuddin yang memihak kepada Muhyiddin Yassin, hari ini mendakwa bahawa bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad telah berulang kali meminta pemimpin parti itu supaya mencari jalan meninggalkan Pakatan Harapan (PH).

“Apa yang saya lakukan bukan untuk pecah-belahkan parti tapi untuk menentukan apa yang Tun (Dr Mahathir) sendiri mahu.

“Dan Tun mahu supaya kalau boleh pemimpin-pemimpin Melayu Bersatu kembali. Itu saya lakukan.

“...ada beberapa perkara dia minta saya lakukan,” kata Hamzah pada sidang media yang diadakan kurang 24 jam setelah status Mahathir sebagai anggota Bersatu dibatalkan.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan bahawa dirinya mendalangi komplot untuk menyingkirkan Dr Mahathir dan penyokongnya dari Bersatu, serta memecah belahkan parti itu.

Hamzah berkata permintaan Mahathir itu disampaikan kepada pemimpin parti termasuk anaknya, Mukhriz, Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin dan Menteri Besar Perak Faizal Azumu, dalam pertemuan yang diadakan di rumahnya.

“...nak cari jalan bagaimana untuk Bersatu keluar dari PH. Ini permintaan (Dr Mahathir) dan saya kata okay kita sama-samalah.

The rest is history bila Tun letak jawatan,” kata Hamzah yang disertai oleh pemimpin Bersatu yang menyokong Muhyiddin termasuk Rina Harun dan Radzi Jidin di ibu pejabat parti di Petaling Jaya, hari ini.

Hamzah menambah bahawa beliau keluar dari Umno untuk menyertai Bersatu atas jemputan Mahathir dan sentiasa membuat tugas atas arahan bekas perdana menteri itu.

"Tujuan Tun (Mahathir) ketika itu adalah untuk memperkukuhkan Bersatu dan saya bersetuju. Rakan-rakan saya juga bersetuju.

"Tun minta saya bukan sahaja untuk kukuhkan Bersatu tapi kurangkan keyakinan rakyat terhadap DAP," kata Menteri Dalam Negeri itu yang pernah memegang jawatan timbalan menteri ketika zaman BN.

Pada awal bulan ini, sumber Bersatu memberitahu bahawa bahawa terdapat usaha untuk menyingkirkan Mahathir dan Mukhriz dari parti, dikatakan diketuai oleh seorang pemimpin kanan parti yang dipercayai Hamzah.

Bersatu kini berpecah dengan Mahathir bersama Mukhriz, Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Ahli Parlimen Kubang Pasu Amirudin Hamzah dan Ahli Parlimen Simpang Renggam menegaskan masih ahli parti itu.

Sejak semalam, pemimpin akar umbi dan ahli Bersatu yang berpihak kepada Mahathir menggesa bahawa pengguguran keahlian kelima-lima pemimpin itu sebagai tidak sah.

MR :  Mahathir Mohamad siapa tak kenal pembeliti nombor satu, budak baharu memang tak tahu


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


2 ulasan:

  1. Walau apapun hang adalah PENGKHIANAT UMNO Hamzah zainuddin. Hanya yg bodo boleh caya pd mahathir

    BalasPadam
  2. MAHATIERQ sanggup bersama DAPIG kerana dendam dan benci pada UMNO yg mana tun juga lahir dlam rahim UMNO. manakala PAS TEGAS MENOLAK DAPIG serta sekutunya..MUAFAKAT bersama UMNO demi Agama,Bangsa dan Negara YANG mula dirobek dan ditelanjangi oleh musuh DAPIG DN SEKUTUNYA Sebelum/semasa/selepas PRU 14 dan selamanya.

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.