Header Ads

ads header

Flash News

Fakta: Game Over, Pakatan Harapan


1. Sah, tindakan terdesak saat akhir Pakatan untuk menjadi kerajaan semula adalah sia-sia walau pun dakwaan mereka memiliki 114 kerusi itu mungkin benar.

2. Perlembagaan Persekutuan Perkara 43(4) jelas mengatakan bahawa 'Jika Perdana Menteri tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat, maka Perdana Menteri hendaklah meletakkan jawatan Jemaah Menteri melainkan jika atas permintaannya Parlimen dibubarkan oleh Yang di-Pertuan Agong'.

3. Perlembagaan jelas menyatakan bahawa kuasa melantik Perdana Menteri dan membubarkan Dewan Rakyat adalah di tangan Yang di-Pertuan Agong, bukannya di tangan ahli majoriti Dewan Rakyat.

4. Kini Yang di-Pertuan Agong telah melantik Tan Sri Muhyiddin Yassin secara sah, dan selepas mengangkat sumpah pada 1 Mac 2020, hanya beliau yang boleh memilih sama ada untuk menasihati baginda untuk membubarkan Dewan Rakyat atau meletak jawatan.

5. Tiada istilah pelantikan Perdana Menteri bergantung 100% jumlah sokongan Ahli Dewan Rakyat, sebaliknya perlu perkenan Baginda - seperti mana dalam kes pelantikan Tan Sri Muhyiddin.

6. Berdasarkan situasi semasa, baginda telah menjalankan kesemua langkah secara tertib dan bijaksana seperti mana menurut Perlembagaan Persekutuan, dan pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah sah.

7. Tindakan sesetengah ahli parlimen melompat selepas pengisytiharan Yang di-Pertuan Agong tidak boleh dijadikan asas kononnya secara automatik pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin terbatal kerana ia tidak termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan sama sekali.

8. Hal ini bermakna kesemua ahli Parlimen boleh memilih sama ada untuk mematuhi keputusan baginda - dengan menyokong Tan Sri Muhyiddin sebagai Perdana Menteri - atau bertindak sebagai pembangkang di Dewan Rakyat. Bukannya menganggap diri mereka sebagai penentu posisi Perdana Menteri kerana segala prosedur telah dijalankan sebaiknya oleh Yang di-Pertuan Agong.

9. Satu lagi pilihan ahli parlimen yang tidak bersetuju dengan pelantikan Tan Sri Muhyiddin adalah dengan mendesak beliau agar membubarkan Dewan Rakyat. Tentulah mereka boleh mengemukakan undi tidak percaya, tetapi  bukan dengan menganggap bahawa secara automatik calon yang mereka usulkan akan terus dilantik sebagai Perdana Menteri.

10. Harus diingat, langkah Pakatan mendesak peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin samalah ertinya mendesak beliau membubarkan dewan rakyat. Hakikatnya, keputusan telah dicapai menurut kaedah yang tertib. Tidak seharusnya ada cubaan oleh Pakatan untuk terus memanjangkan krisis politik di negara kita saat ini.

11. Sesungguhnya, hari ini krisis politik negara adalah berpunca daripada perebutan kuasa dalaman Pakatan Harapan. Ia telah dileraikan dengan sebaiknya oleh baginda Yang di-Pertuan Agong - dibantu kerjasama sebahagian ahli politik yang bertindak demi kestabilan negara, bukannya demi kepentingan individu. Maka Pakatan seharusnya insaf, tidak bertindak memanjangkan krisis ini dengan adegan lompat-melompat yang mengimpak kestabilan yang telah diputuskan Baginda.

Semoga Allah peliharakan kestabilan negara kita.

Allah Maha Besar,
Daulat Tuanku,
Tahniah Tan Sri Muhyiddin.
Terima kasih PAS, UMNO, Bersatu, GPS, dan PBRS.

Abdul Muein Abadi
Pensyarah Program Sains Politik
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


4 ulasan:

  1. Lupakah jalan keluar ke kubur destinasi akhir

    BalasPadam
  2. Dia nak tongkah langit lupa kubur dia kan kat m n kubur pahlawan bukan kubur kaki lawan

    BalasPadam
  3. Warga emas sedang menuju waktu2 emas yang masih berbaki sedikit.Moga atuk tidak cuai dan usah peduli juak2 nk menongkat langit.Kain kafan siap ditenung,liang lahad masih belum digali,namun canggkul sudah tersedia untuk meneruskan khidmatnya.Allah masih sayang kamu,Tun.Hentikan semua itu

    BalasPadam
  4. Kalo PM kalah sbb undi tidak percaya...PM kenalah meletak jawatan atau menasihat yg YDPA utk bubar parlimen sbb hilang sokongan mejoriti ahli Parlimen...mana mungkin PM boleh berkuasa dgn tiada sokongan mejoriti...apa2 pun kembali kpd rakyat dan yg paling penting kerajaan baru tu mesti usul anti lompat parti terhadap MP...biar gugur secara automatik jika berpaling tadah
    ...biar rakyat pilih semula.. baru MP tak suka2 lompat sanasini jika d tawar habuan.

    BalasPadam